Showing posts with label kenangan ~. Show all posts
Showing posts with label kenangan ~. Show all posts

Monday, December 15, 2014

PAHIT = MANIS

Assalamualaikum
hello smua ~
apa khabar ? sihat ?
aku sihat saja
walaupun sakit urat dari kem hari tu tak hilang hilang lagi
sekarang sakit tu better la sebab dapat sentuhan magic from my mom !
luv it soooo much ~ http://www.emocutez.com

serius sentuhan seorang ibu ialah sentuhan paling menenangkan kat dunia ni !


btw,
semalam aku sempat berangan
merangka imaginasi la katakan
besala bagi budak kretif cam aku ni http://www.emocutez.com bwahaha !

sambil aku dok berangan tu teringat peristiwa malam sabtu bersamaan 30 Januari 2011
detailed ni ! (msuk exam tau . . haha )
peristiwa di mana aku ditengkin
serius time tu kalau korang tengok muka abang aiman memang korang akan pikir

" dia nak makan aku . dia nak makan aku . dia nak makan aku "

menakutkan ~

tapi bila aku ingat ingat balik kenangan yang mengecutkan limpa perut jantung ngan hati aku tu terus aku senyum . .
dah jadi kenangan indah la pulak

tambah - tambah bila aku mintak maaf kat dia aritu di puji aku berani
wah wah wah kembang abis satu badan aku http://www.emocutez.com
wahaha
lawak jew

then
hari ahad aritu dia lambai kat aku . .
walaupun bukan depan aku tapi depan shahril
maybe dia perasan aku dok usha dia kowt
tapi yang pasti aku ada bow kat dia
tak tahu la dia perasan kew tak

serius bila aku fikir bali pasal kenangan pahit aku
semua yang pahit tu jadi manis
naik kenyang aku makan gula - gula sambil berangan http://www.emocutez.com hehe

inilah apa yang orang kata

" walaupun pahit sepahit hempedu , kita kena hadapi sesuatu perkara tu , sebab yang pahit bagaikan hempedu tu akan jadi lagi manis dari tebu apabila kita kenang kembali "

akan ku pahat quote ni dalam diri aku
insya-Allah aku takkan mengalah walau sepahit , segetir manapun dugaan yang ku tempuh
Insya-Allah

okey sampai di sini sahaja

sehingga bertemu lagihttp://www.emocutez.com

assalamualaikum

-mimie-





#found this and kinda reminded about the old days

Tuesday, December 6, 2011

journey to the center of Jerantut, Pahang!

hello eberybody !

how's your day ?



yeah


setelah beberapa hari aku menyepi kerana di culik ke Pahang kini aku kembali dengan post terbaru !

POM ! POM ! * bunga api *







haha :D ye. aku telah di'kidnap' ke Pahang pada hari Jumaat yang lepas.




mau dengar ceritanya




sini wa mau kasi tahu 





ceritanya begini :





pada satu pagi yang indah. kelihatan burung-burung berterbangan. keluar mencari rezeki. nun jauh di dalam hutan, kelihatan seorang sleeping beauty yang sedang menanti sang putera kayangan. ya. tepat sekali. akulah puteri yang lawa itu. muahahahaha. oops. 


okey sambung cerita balik



ketika dia sedang enak melayari mimpi, dia terdengar derap kaki dari kejauhan. tahulah dia bahawa putera yang dinanti telah tiba. tapi. derap kaki yang sayup itu menjadi jelas. dan yang pasti itu bukan derap kaki manusia. mungkin raksasa. apa?! RAKSASA?! tuan puteri mula gelabah. dia cuba bangun dari tempat pembaringannya tapi belum sempat kakinya menjejak lantai dinding istana indahnya runtuh terlebih dahulu. ketika tuan puteri sedang mengelak dari ditimpa batu dia ternampak muka raksasa yang hodoh itu. eeh eh? muka ayah!


" Pap! Buk!"
" aduhhh!"
" haa. bangun pun. pi siap lekaih. semua orang dah mandi dah. tinggal hang sorang ja. pukul 9 satgi nak jalan pi dah ni."

hurm? jalan ? ooh. lupa pulak. hari ni kena pi Pahang. urgh. malasnya. jam jam. 8.30 . aku bangun. ambik towel. masuk toilet. grugggg. gruggg. splash. keceburr keceburr. haah. lilit tudung. kiri kanan kiri kanan. siap !
turun. buat muka seposen makan. 



mak: hang ni anak dara apa ni? bangun-bangun kerja makan ja. bukan nak tolong mak kemas ka masak ka. haih.
aku: ngap ngap ngap. burp! alhamdulillah. mak, kita naik kereta mana?
mak : pajero.



aku ambik beg. plan nak pi cop tempat dalam pajero tu pastu nak sambung tidoq. dasar anak dara pemalas gila. tak sempat aku nak bukak langkah mak panggil.


mak: ni hang angkut raga apa semua ni sama. jangan dok goyang kaki ja.


aku tayang gigi ja. mak ni macam tau-tau ja anak dara-tak-keperempuanan dia ni pikir apa. disebabkan hari tu nak pi tempat jauh. aku pun tolong. angkat susun susun siap! jom jalan~






jalan punya jalan stuck pulak dekat perak. reason : break ketat sangat. so terpaksa la lepak dulu dekat
 so-not-famous-R&R ni. tunggu encik mechanic datang. tunggu punya tunggu satu jam berlalu. tapi bunyi motor dia pun tak dengar lagi. mak aku dok ajak chau dulu dah. dok kata yang mr. mechanic tu menipu. tapi ayah aku tak mau pi. ayah aku kata 

" satgi dia mai la tu." sand tunggu dengan penuh sabar. cewah. tabik la ayah.


yang aku pulak dok pusing sana pusing sini. cuci mata tengok mamat hensem yang stop kat situ. hehehe -..-




setelah dua jam bermain dengan keboringan akhirnya. akhirnya! mr. mechanic sampai! hip hip hurrrayyy!


lepas tu mr. mechanic pun masuk bawah kereta, pusing kiri kanan kiri kanan and siap! then kita jalan~ 


destinasi seterusnya : R&R Tapah!



sampai kat Tapah kita makan, solat, makan, minum, sembang, makan and jalan.yuuuhuuuuu~ Pahang! here i come~




sempat lagi snap masa otw nak pergi :D






sesampainya kami kat sana matahari dah tak dak. dia dah tidur dah. seriously aku tak sangka yang nak sampai pahang ni nala punya susah. keluar tol sana masuk tol balik. jalan. keluar tol masuk balik. jalan jalan jalan ditemani dengan pokok kelapa sawit jumpa bandar. jalan kona pi Jerantut jumpa kelapa sawit balik. dah la gelap gulita lampu pun jarang jarang ja. seriously pahang tu luas sangat la -,- .





setelah berlama-lama dalam kereta kami tiba di kawasan rumah pengantin. tidur kat homestay. tapi bilik 4 ja so landing la ramai-ramai. sampai-sampai first thing buat mandi then solat then kita serbu rumah pengantin! makan time! yeah! pertama kali aku bukak mulut telan ikan patin masak tempoyak. selama ni aku dok dengar ja tempoyak nu tempoyak ni. bila dah dapat gulai tempoyak real punya tambah dengan sambal belacan fuhh! menjilat jari beb! sedap gila. so kepada sesiapa yang tak pernah rasa silalah rasa. rasa tempoyak tu manis. tapi tak la manis macam gula. 





perut sudah kenyang sekarang tidur time. tapi sebelum tidur layan tv dulu. dok syok tengok tiba-tiba muncul kek kat tengah ruang tamu tu. tingg! magic !



the kek yang tiba-tiba muncul 0.0



rupanya haritu hari jadi witch kecik ni

the birthday girl. nurin namanya 

cute kan ? dialah tiga pupu aku~


then kami pun makan makan dan makan 

nak potong kek ~

makan time

my little bro and sepupu. sedap woo kek tu :D






done makan semua kita tido. that is for the first day.






second day




lagu someone like you- adele nyaring kedengaran di teling membuatkan aku tersentak. ye la dah suara high pitching semacam mau tak tersentak. lepas ni kalau letak lagu tu buat alarm confirm ada chance buat action terjun katil. punat telefon ditekan membuatkan suara yang kedengaran terdiam. dilihat manusia-manusia sebelahnya. semua masih lena. aku pun sambung lena. kroih kroih. 




lena punya lena terjaga balik sebab rasa basah semacam kat tangan. dah tidur tepi pintu bilik air mau tak kena airnya. haish potong stim aku dok mimpi syiok syiok nih. tengok mak semua dah mandi aku pun pi mandi. lepas mandi pakai balik baju semalam sebab tak mau pi kenduri lagi. aku tak cukup rajin nak pi membantu kat kenduri tu. muahahaha.


tepat jam tunjuk pukul 12 kami yang budak bawah umur bertolak pi ke rumah pengantin. ala lebih kurang sepuluh langkah sampai la. kami pulak memang bijak so set masa pi time makan la. malangnya, masa kami sampai orang tak makan lagi so pi lepak tengok-tengok dulu. pi tengok pelamin. pengantin tak rasmi lagi kami rasmi dulu. tema warna is biru putih tapi aku pakai hitam cokelat. contra kan ? -.-


this is the pelamin. nice kan 



and here the pic yang kami snap.
credit to kak dayah 


setelah menview segala kami pun makan. plan nak tunggu pengantin tapi lambat sangat so kami balik dulu. layan tv sampai tak sedar dah pukul 3. pi kenduri balik sebab nak snap gambar pengantin tapi diorang dok makan pulak. malu nak snap. malu meow meow gitu so tak adalah gambar pengantin. hahaha :D . sori la 






dalam pukul 4 kami bertolak ke taman negara pahang. ingat boleh naik bot ronda-ronda ka tapi time kami sampai kaunter dah tutup daa. so kami keluarga besar lepak kat atas rakit sambil makan kacang. yang mak- mak sibuk dok bergosip. aku? snap snap la .

my cousin hazira. nak number? taken la 



hazira dengan kak hidayah. cute kan ~

sungai apa-ntah yang penuh. deras gila arus dia



yang ni mamat-perasan-bagus. tapi awek umur 19 beb !



kiri duduk: mak ngah, oak ngah, hazira
belakang: mak lang, my mom and ayah


aku suka bunga~ nice tak ?




dah puas melepak kami pun balik. malam pi tolong kemas-kemas pulak. then tido. begitulah hari kedua yang sangat tak dak apa.




hari ketiga balik yeay!



singgah dekat ulu yam. mandi air terjun!

mandi manda







aku plan taknak mandi sebab malas nak salin baju. tapi ayah aku punya dok kata 


" sejuknya. syoknya mandi. rugi la sapa mai tak mandi ni"


aku pun naik jeles teruih pi tukar baju. then " keceburrrr!" terjun la. tapi tak dak pic aku~ haha.



seronok woo mandi air terjun ulu yam  tu. dah la sujuk sampai tulang sum sum pulak tu. memang fresh la !





kbye












p/s : jumaat ni aku chau pergi genting. mau ikut ?









Saturday, November 12, 2011

perginya seorang perwira

dialah sang perwira 
yang gagah bertahan demi keluarganya 
dialah sang perwira 
yang sanggup berlapar untuk anaknya
dialah sang perwira
yang gembira tika melihat anaknya ketawa
dialah sang perwira 
yang rela berkorban segalanya demi keluarga




dia perwira
yang paling gembira tika aku melawat dunia
dia perwira
yang sentiasa berusaha membuatku gembira
dia perwira 
yang menyimpan duka dalam senyumnya
dia perwira
yang sunyi hidupnya




aku tidak tahu sama ada dia bahagia saat itu
yang ku tahu aku gembira bila dia ada



dia perwira yang gagah
dia perwira yang berani
dia perwira yang tabah


gagahnya dia memimpin keluarga
 tiada tandingnya
beraninya dia menegur anaknya 
walau cara diambil banyak risikonya
tabahnya dia menghadapi segalanya
hingga nyawa diambil semula



sayu hatiku melihat keadaannya 
fizikalnya berbeza sama sekali
badannya kurus menunjukkan keadannya yang tenat sejak kebelakangan ini 
mukanya sama tika dia tidur
sebahagian dariku memohon agar matanya kembali terbuka
tapi 
apakan daya 
segala yang barlaku adalah takdirnya


aku merelakan diar pergi
dari dia terseksa begini
aku merelakan dia pergi
agar dia tenang di syurga firdausi
aku merelakan dia pergi
agar kami bertemu semula suatu hari nanti


selamat tinggal tok wan

semoga roh mu dicucuri rahmat-Nya






wan , i would not forget you forever
our memory will always be there 
so rest there peacefully 


al-Fatihah kepada wan aku yang selamat dikebumikan hari ini bersamaan dengan 13/11/2011


-mimie-

Friday, March 18, 2011

i love you


assalamualaikum .


ari ni gua nak jadi gila sikit . i'm going to be crazy . juz by thinking about you . seriously . gua x tau apa yang merasuk kepala otak gua yang karat lagi x berguna ari ni . asyik dok ingat kat something yang hilang . nope . tak hilang tapi halimunan . ada tapi tiada . apa gua merepek ni ?


okay gua just nak story pasal my one - of - my - best - friends - yang - kuat - beleter - tapi - gua - sayang - dia - macam - penuntut - kat - tanjung - rambutan .


dia la manusia yang ada depan mata gua tapi bisu . dengan gua ja . even bila gua pi dok dekat dia dia bangun then go somewhere far from me . macam gua ni virus influenza H1N1 la pula . seriously . memang gua terasa gila la dengan apa yang dia buat kat gua . 
first time . ni first time gua gaduh dengan dia . selama ni kalau gaduh pun tak sampai sejam dua baik . tapi . this time it different . 


perang sejuk ni start with a slipper . juz a pair of slipper . okay gua mengaku benda ni salah gua jugak . tapi x boley ka dia maafkan gua . gua just playing around . macam la dia tak biasa buat kat gua . 


okay . now .let's see the detailed story .


time tu gua nak pergi surau . adik bilik gua told me something . okay bukan dia yang bagitau tapi gua terdengar .

" wei tadi kak x ambik kasut aku . bila aku keluar then cari kasut aku x jumpa aku pun maki habis la . dok maki punya maki jumpa kasut aku . aku pi toilet sambil dok maki orang yang ambik kasut aku tu . then suddenly dia mai mintak maaf . aku pun kata ' ha . x pa ' . aku cukup geram kat orang yang buat salah tapi x mintak maaf . nasib baik dia mintak maaf .

something like that la . then sorang lagi plak kata .

" well kak x 2 mmg macam tu . tahun lepas aku satu bilik ngan dia kena lagi teruk . tapi dia bukan berani sangat ngan aku . paham paham la mulut aku macam mana . "

well . gua tahu that's her style . suka usik orang . so disebabkan tu gua ambik selipar dia lepas sembang ngan dia . nak mengusik pulak la katakan . then biala nak pi surau . adk bilik gua kata .
" kak tak baik la buat macam tu . "

gua kan hati lembut cam jelly cuma kadang2 terjadi aiskrim mat cool . so gua pun ambik la selipar dia nak pi letak kat rak kasut bilik dia balik . x sampai dua langkah jalan gua nampak dia kuar dari bilik . dia tengok bawah . pusing sana pusing sini cari selipar dia . gua panik . x tau kenapa . gua baling selipar dia depan bilik gua the pecut turun tangga 20 km / h .
serious . panik . budak baik la katakan . 


then bila kat bawah gua jerit .

" wei x sori la !!!!! "

diam . x dak jawapan . then gua nampak junior gua ada kat atas . gua suruh dia bagitau sama kawan gua tu yang selipar dia ada depan bilik gua . then junior 2 kata kawan gua tu kata 

" lantak pi kat ang " 
( gua dok bayang dia kata benda ni dengan mata jeling atas ngan muka menyampah gila )



okey . stab . ada keris tusuk hati gua . gua pun dengan keras kepal . sakit hati . gua blah gi surau . then . time prep . kawan gua tu kalau emo dia diam . so lu diam gua pun diam . no feeling nak pohon ampun dah . 



second day . still x ber hai hai bai bai . still sejuk macam ais kacang letak cendol . makan pun tak semeja dah . gua tau kalau dia tengok muka gua ni konfem dia baling ngan pinggan dm yang besar cam talam kuih tu . so . gua pun diam .



third day . gua tak sanggup dah . merana batin gua dia x cakap ngan gua . gua tulis a love letter . hantar kat dia . melalui posmen x bertauliah . dia boleh komen gua kata dia ajar gua benda negatif pulak . okay memang gua tulis segala apa influences dia kat gua . tapi gua tak state pun dalam tu yang dia ajar benda tak baik kat gua . 


then 3 hari lagi kitorang diam . sepi . lengai . not even a words dia nak cakap ngn gua .


hari keempat . gua tekad . gua nak clearkan mess ni . gua pergi prep awal . waiting for her to come . gua even beli chocolate cadbury almond nak bagi kat dia . bila gua nampak dia kat pintu gua lari kat day . gua kata . 

" aku mintak maaf . "

dia diam . gua sua cokelat tu kat dia . dia tak ambil . dia blah camtu jew . pi kat meja dia . letak barang dia . gua lepak kat koridor . layan perasaan . then dia ajak roommate gua . pi mana tah . gua try lagi . gua pegang tangan dia . dia suruh lepas tapi gua tak nak . then suddenly dia rentap tangan dia and says " lepaslah ! " .


shock . gua kena renjatan . terkejut . bikurishita . scared . sad . marah . pecah . semua ada . dia memang ego . gua sanggup melutut kalau dia suruh . then gua blah . dah takde mood nak study . hilang semua . pi lepak tepi dewan . release tension . nangis puas puas kat situ . sapa nak tengok tengok la . gua memang sakit ati tahap cipanzi time tu . then . saw hanif . gua tahu dia memang hantu chocalate . gua kata kat dia .

"   wei nak cokelat tak ? "
 sambil sua chocolate cadbury tu . serius . tak sanggup tengok chocolate 2 dah .

" serious hang nak bagi kat aku ? "

" aku bagi ambik je la "

" wei hang memang baik wei . terima kasih . aku tabik la kat ang pasal hari tu ( sila rujuk program semarak kasih 17 ) . hang buat apa kat sini ? layan perasaan ? "

" a'a kowt . "


" owh . apa apa pun terima kasih noh "


dia blah . kurang kurang terubat sikit luka aku dengan gaya dia cakap tu . then . gua balik ambik sketch bokk gua and a pen . apa lagi start sketching la . punya dok leka sketch nampak dia mai . dari jauh pun dah boleh dengar suara . she's infront . gua tahu dia nampak gua . and she's turning back . memang gua rasa gua macam bacteria , amoeba , virus , paramecium yang dia benci . geli . tak suka .


then .
after a week kitorang x cakap walaupun dusuk sebelah sebelah time kelas agama . i send her a real love letter . where there a poem for her . i wrote .

cinta ,
kadangkala manis ,
kadang masam ,
kadang tawar , 
tapi berkhasiat ,

cinta ,
cinta aku kepada kau macam C2 ,
semua ada .

something like that la

then .
i said .

i'm sorry . aku tau surat ni kacau hidup kau . lepas ni aku takkan ganggu kau dah .

i said that because i know she hate someone saying i'm sorry to her thousand time . but dia salah faham . dia kata dat posmen x bertauliah gua something yang buat gua punya kepala nak meletup macam gunung berapi .

" kalau dia tak nak ganggu hidup aku dah buat apa aku nak mintak maaf kat dia ? "

seriously . gua tak faham . gua memang tension tahap gunung everest dah time tu . just because of her . takkan sampai gua dah ada cucu cicit nanti baru dia nak maafkan gua ? ego dia memang tinggi . sampai gua tak tau nak guna meriam apa nak hancurkan ego dia tu even for a second .


di sini . gua just nak kata . i'm sorry . i'm so sorry . you're my precious friend . macam minyak petrol . kalau habis kena tunggu berjuta tahun nak dapat balik . 

i love you .
even if you're saying you hate me .
even if you kill me .

i love you .


sorry .


i miss you !





assalamualaikum



- mimie -


p/s - sorry hari ni tak jadi ramah macam biasa .
i'm too emo for it .













Saturday, March 12, 2011

i was kissed by a BEE !


assalamualaikum semua~
dh sebulan x jumpa ngan korang kan
so sorry
jgn mrh aq tau
tapi silalah mama jamie or ummi okey
not me
i'm innocent :D


okey
sekarang aku nak tanya korang ,
korang nak dengar story yang mana satu dulu ?
' aku dengan tebuan '
or
' aku dengan hostel ' ?



aku tau !
mesti korang nak dengar pasal tebuan kan
sebab . . sebab . .
haa . . sebab yang tu tajuk aku


okey
cita dia mcm ni

Once upon a time ,
ada sorang budak ni doik hiking kat bukit yang tidak diketahui namanya ( unknown x ) tetapi berada under Taman Negara Pulau Pinang
then ,
suddenly ,
ad seekor penyengat ni pi langgar lampu isyarat . .
dia x perasan ad budak comel depan dia :P
then
disebabkan dia x sempat brek
Boom !
berlakulah satu kemalangan
then pap !
bunyi penampar aku yang me ' innalillah ' kan penyengat tu



tetapi
walaupun menatang tu dah meninggal ,
dia tetap bagi hadiah kat aku
iaitu penyegnat dia yang tajam lagi marabahaya tu


aku dok rasa pedih + sakit + seksa + kebas + tengang gila dah
tapi disebabkan takut aku tak berani nak sentuh pipi aku
so aku pun terduduk
then apa lagi
air mata pun merambu kluar satu mangkuk


penyengat tu pun satu
sengat kat port salah
ad patut dia sengat pipi aku yang chubby ni ?!
x patut sungguh !
kot ya pun nak sengat sengat la kat tangan ka
kaki ka
ni tak dekat tempat yang aku x ley tengok jugak dia nak sengat
menyedihkan sungguh !


dipanjang kan cerita
badan aku suddenly gatal
habis bengkak macam kena gigit nyamuk
time 2 mmg aku cakap betul la aku gabra nak mati !
sapa x gabra kalau suddenly satu badan rasa seram sejuk pastu gatal


owh
aku lupa masukkan
time aku kena sengat tu oon yang tolong bersihkan luka tu and sapu ubat
bapak trimas ( trimas gila ) kat oon
aku SAAAAAYAAAANNNNGG hang oon
sbgai kwn la :D


okey
berbalik pada story td
then aku jalan dengan pantas
but suddenly
jantung aku punya degupan dia jadi x even dengan nafas aku
= lelah la tu


sambil dok lelah tu pening pulak menyerang
dengan nak pitam lagi
jln pnya jln tba2 jd kelabu pstu biru gelap then hitam
aku pun duduk la dulu
then aku bgun jln 2 3 tapak nak pitam lagi
duduk balik
dekat 3 jam nak pth blik
p sjam lbey ja
sedih btui


yang paling aku kesian kat pak cik tu ( or abang ? )
sebab aku dia kena berenti sat
pastu perbis kredit sebab kol orang yang aku x kenal

tapi
yang sakit hatinya
time dok jalan tu dia dok perli aku

" rehat sejam tapi jln x sampai sejam pun penat dah .
orang rehat sejam jalan pun sejam la kan cikgu kan "
kata pakcik tu kat miss yip

aku dlm hati pulak
' aii dia ni dok perli aku nampak '

sakit ati !
apa - apa pun trimas la kat pak cik tu
kalau dia x sbr dh lama aku kena tinggal sorang



so
pengajaran hari ini
masuk hutan jangan pakai minyak wangi
nanti tebuan ingat hang tu bunga
second
jangan melanggar lampu merah
nenti innalillah cam tebuan td tu
third
lepas ni klau aku masuk utan aku akan cri pakaian yang mcm org kat bulan tu pakai
full tutup
baru selamat !



okey

sampai di sini saja ~


bye ~

assalamualaikum


-mimie-


p/s : psl ostel tu lain ary la aq cita okey
2 pun kalau aku rajin :D




Sunday, February 13, 2011

is that love ?

assalamualaikum
hai
yo
apa khabar smua ?
ada baik ka ?
suda lama tarak jumpa ya


okey arini aku plan xmau update sbb no idea
blank gla la
tp aku tak tau knpa hti aku rsa x tenteram selagi aku x menambah post kat sini


btw ,
today i'm feeling something weird
maybe it's nothing
but
seriously i don't know what to say

sometimes ,
ckp dgn dia ja pun dah cukup
bla dy x reply cht aku sediy
bla dia xdk kdt lg la aku sedih
someone prnah kta


" Kerana cinta mereka setia,Bertemu di dunia. Kerana cinta kenal pencipta,kerna cinta kenal Rasulnya. Ya,memang betul.Cinta sememangnya satu perkataan yg diluah kepda seseorg dn mka lhir lah prsaan cinta pda dri kita "


is it true ?
adakah cinta cuma satu perkataan ?
adakah cinta hanya perasaan
mna tau kalau cinta tu cuma suka ?
dan apa beza cinta dan suka ?
bukan sama ja ka ?

susah jadi remaja ni
banyak benda nak tau
nak kena belajar
erm , sebab tu la kot mak aku hantar pergi sekolah


cinta ,
banyak benda pasal perkataan ni
kalau translate ke english dia akan jadi love
and love ni plak ada dua maksud
cinta
sayang


so mna stu yang betul ?
adakah cinta itu suka ?
atau cinta itu sayang ?
ataupun cinta itu suka dan sayang ?


wah2 banyak tanda soal sungguh
sampai otak aku pun naik skit tengok tanda soala berederet


okey aku pernah couple
well bdak kecik kan
besa la tu

tapi bagi aku semua couple aku tu aku tak suka
aku juz sayang diorang as friends
tapi dah diorang mntak couple so aku pun gatai la p terima
then bla ptus dh lost cntact

bagi aku la kan
walau suka sama suka pun baik stay as friends jer
sbb kalau couple nnti putus lost cntact . .
so tarak guna la couple ni
baik be friends sampai atau masa kahwin jugak
( kalau betul - betul suka la )


conclusion bagi aku : aku lagi suka berkawan dari bercouple
sbb couple aku ilang kawan
sebab couple aku tambah dosa marah kwan aku TT.TT
so aku harap aku takkan couple dah
walaupun aku ni sebagai remaja nak jugak rasa disayangi oleh orang lain selain family
tapi aku tetap akan cuba pertahankan diri
pling kurang pun smpai abis PMR

exam penting tu !



okey la tangan aku nak putus dah ni asyik dok menaip ja


papai

harap kita bley jumpa lagi

mintak maaf kalau korang terasa ya


assalamualaikum



-mimie-







kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...