Thursday, November 24, 2011

kosong #2


Di raba pipinya yang berpijar. Wajah si ayah yang berang dijeling kasar. Keluhan kasar dilepas sebelum kaki melangkah pergi. Jeritan ayah dibelakang tidak diendahkan. Ibunya yang menangis hanya direnung sayu. Sebahagian dari hatinya merasa jijik dengan lakonan yang dibuat. Menangis bagai heroin yang kehilangan heronya. Huh. Kebahagiaan sudah enggan menjengah dalam kehidupannya. Biarlah dia pergi untuk mencorak kanvas hidup sendiri. motor Kawasaki hitam kesayangannya di bonceng. Dia mahu pergi. Mahu pergi jauh dari balai yang menyesakkan ini. Mata-mata polis yang meliar di situ tidak tahu erti privasi. Argh. Ibu dan ayah pun sama juga. Hanya tahu menyalahkan bukan mahu memperbetulkan.





Pedal minyak dipulas kuat. Motornya berdesup hilang dalam pekat malam. Okey ini bukan malam dah. Jam itu jarum sudah menunjuk ke angka 3. Bermakna sudah pagi la. Sebentar tadi sempat dia menghantar mesej kepada temannya. Mahu berjumpa di tempat biasa. Tempat yang tidak akan lekang dari kehidupan orang sepertinya.





Walau sering tempat itu dilawati. Tidak pernah lagi dia meneguk air yang makin digemari. Tapi kini keadaan berbeza sekali. Walau dulu dirinya tension sehingga tahap hendak bunuh  diri tapi air itu tidak pernah di sentuh walau ramai yang memberi. Dulu paling teruk dia hanya mengambil rokok yang sememangnya amat digemari. Tapi kini dia mahu mencuba mencari. Mencari kebahagian dengan meneguk air kencing syaitan terkutuk ini. Dia mahu melupaka segala kekusutan yang membelenggu diri. Di matanya ini la cara terbaik yang di jumpai.




Sedang dia asyik berhibur dengan rakannya, dia terasa bahunya ditepuk perlahan. Kepalanya di pusing. Mahu melihat empunya diri. Matanya bagaikan terjolol keluar bila melihat yang menyapanya bukanlah sebarangan orang. Jika mahu dikartunkan anda boleh la membayang kartun yang matanya terkeluar dari soket bersam mulut ternganga yang rahangnya jatuh sampai ke lutut.



“B .. b b b boss..”
“Hurm kau rei kan?”
Kepala dianggukkan tanda mengia. Rei. Itulah nama panggilan yang sering digunakan. Semua yang mengenalinya memanggil dia dengan nama itu kecuali keluarganya.




“Aku dengar kau kena tahan hari ni. Tapi aku dapat tau kau ni banyak jugak bagi sumbangan kat geng aku. Sebagai hadiah aku bagi ni kat kau”



Tapak tangan bosnya direnung.



“Ambik la. Anggap benda ni hadiah buat kau. 101. Kau jangan silap bilik pulak. Buat naya ja nanti. Hahaha.”




Bergetar tangan aku mengambil kunci tersebut. Nama hotel tertera di keychain yang diletakkan bersama dengan kunci tersebut. Bukan calang-calang hotel bai. Fuh ni mesti syok gila nih. Kakinya laju melangkah ke luar. Sudah tidak sabar mahu kebilik itu. Mahu landing sedap dia malam ni. Tambah di temani oleh wanita yang mungkin perempuan bosnya. Kisah apa. Sekarang yang dia tahu cume enjoy.




Kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu. Aik. Awat tak ada bunyi. Pintu ni tak kunci ka? Dia nak alu-alukan aku la ni. Sengih kerang tersungging di bibir. Dia melangkah masuk tanpa menyedari nombor yang tertera bukannya 101. Matanya berbalam. Dunianya pusing. Di dalam dunianya hanya ada keseronokkan. Dia sudah tidak nampak apa yang betul ataupun tidak. Yang dia tahu dia mahu melayari malam yang indaah ini bersama gadis yang mungkin bukan perawan lagi.

No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...