Thursday, November 24, 2011

cerpen : nyawa



Ditenungnya telefon bimbit yang berada di tangan. Entah dimana silapnya hingga begini jadinya. Okay fine, silap aku. Kalau aku tak merajuk haritu tak adala jadi macam ni. Tapi mamat tu apa ke bangang sangat sampai tak paham action aku ni. Obviously, aku nak dia datang pujuk aku. Tapi kenapa la dia tak faham? Belajar tinggi-tinggi tapi melangit tapi benda tu pun tak faham ke? Huh. Buang karen je aku dok kutuk dia ni. Dah la free dapat dosa kering. Button telefon bimbit ditekan. Laju beb. Dah nama pun pro. Sila bayangkan muka ziana zain dengan kening terangkat. Button send direnung lama sebelum ditekan. Halal pi la dia nak kata apa pun. Yang aku tau aku nak dia balik.



Sedetik dua detik berlalu. Owh, tak nak balas ek? Tengok kalau aku hantar yang ni macam mana dia nak balas pulak. Hehe. Idea jahat muncul di kepala. Terasa seolah cartoon yang tumbuh tanduk la pula. Beerapa saat berlalu sebelum telefonnya bergetar. Sengaja diletakkan silent kerana takut menganggu isi rumah yang sedang enak melayan mimpi. Tau pun dia nak balas. Ingat dah tak reti nak mengguna telefon tu dah. Senyuman semanis madu terukir di bibir. Yeah! Taktik bejaya! Seronok bukan kepalang apabila taktik yang termuncul secara tiba-tiba Berjaya. Tapi. Malangnya senyuman yang terukir tadi hanya sementara. Si dia buat tak tahu balik. Peluang kedua yang diberi di pandang sepi. Nampaknya dia nak aku buat benda ni betul-betul. Okay fine! Tunggula nanti. Family hang takkan selamat selama tujuh keturunan.




 Mesej terakhir buat si dia dihantar. Menyesal tak sudah kerana memandang sepi nasihat yang diberi. Masih terngiang-ngiang nasihat yang si kawan bagi. Lelaki tu ramai. Cari je la yang lain. Buat apa nak menagih kasih dari yang tak mahu memberi. Ya. Memang ramai lelaki di luar sana. Tapi aku tak boleh hidup tanpa dia. Dia yang dahulu berubah ketara. jika dulu sentiasa berkongsi suka dan duka. Tapi kini sudah pandai bermain kayu tiga. Pisau di ambil. Diletakkan di tangan kecil. Cepat dia menorah tangannya sendiri. Mahu cepat tamat semua ini. Dunianya kosong. Mindanya bercelaru. Tika dalam keresahan perasaan begini dia terlupa akan asal tugasnya di bumi. Yang dia tahu hanya mahu cepat pergi.


Suara ibu bergema di telinga. Terdengar juga suara si bapa. Bertanya kenapa. Tapi dia sudah penat mahu menjawab. Matanya semakin kelam dan terasa berat. Biarlah dia berehat. Semoga bertemu di akhirat.







p/s: kepada wanita diluar sana sayangilah nyawa anda. jangan kerana seekor buaya darat anda merana .

No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...