Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Wednesday, August 22, 2012

history?


Life ain’t easy for everyone right?

Semua orang ada something yang diorang harapkan from their life. Aku?

I just want some happiness bila aku dah lepas satu ujian.

Aku nak senyuman dari orang yang aku sayang bila aku ada problem besar giga.

Aku nak someone tanya aku okey ka tak.

Aku nak someone yang aku boleh share probs.

Aku nak someone yang bukan macam aku.

Aku nak someone yang opposite site dengan aku. Yang mana dia tahan dengan aku.

Aku nak kawan baik yang paham aku.

Aku nak kawan yang aku boleh faham.

Aku nak tengok pelangi lepas hujan.

Aku nak gula-gula bila aku skor exam.

Aku nak satu family yang bahagia.

Aku nak hidup yang aku tak boleh expect apa nak jadi.

Tapi aku nak life yang boleh hancurkan hati aku.

Aku nak hati yang kuat.

Aku nak iman yang teguh.

Aku nak segalanya yang aku tak ada.

Tapi aku tau benda tu impossible.

Tapi salah ka kalau aku nak kau selalu care pasal aku?

Salah ka aku nak kau selalu ada depan aku?

Maybe kau bukan untuk aku tapi aku tak mengalah.

Aku usaha non stop sebab aku nak kau jadi milik aku.

But now.

Everythings clear.

Maybe kau memang bukan untuk aku.

It’s hard but I’ll try.

I’ll remember you when I smile.

Not when I cry.

Wish me good luck dude.



May Allah bless.
Hope kau happy dengan orang yang kau sayang.



Monday, March 12, 2012

loner 5


“Cuba kau story aku pasal probs kau. Aku kawan kau kan.” Terbit senyuman kopi madu di bibir Kai. Pahit. Tipu kalau dia kata dia tak terasa di tipu. Dikhianati. But thinks back. Benda ni salah dia jugak. Buat conclusion terburu-buru. After 3 months baru dia tahu yang Naj is Najihah.


“Kau sanggup kawan dengan aku ke?” Mata mengerling melihat reaksi Kai.


Senyum di mulut Kai hilang. Kepala dipusing menghadap pantai di hadapan. “Mestilah. Kau sahabat yang terbaik pernah aku ada.” Kai berpaling ke kanan. “Kenapa kau cakap macam tu?” It makes me sad.


“Entah. Maybe sebab bila semua orang tahu yang aku ni perempuan diorang start making a distance dengan aku.” mengimbau kembali kenangan lalu memang perit.


“But I’m still here kan.” Kai senyum.


Mata Naj straight ke mata Kai. Muka Naj dah nampak macam nak banjir. Mendung semacam je.


“Tapi kau dah lain.” Kau bukan Kai yang aku kenal.


“Lain? Kat mana? Aku still anggap kau kawan aku kan.” Lembut Kai berkata. Aku besa-besa ja di katanya aku lain pulak.


“Kau dah tak buat lawak macam dulu.” Tangan yang menguis rumput di bawa ke lutut yang berada di bawah dagu. “Ton suara kau bila cakap dengan aku pun lain.” Mata tetiba rasa berkaca. Aiseh takkan bab ni pun kau nak lentok kot. Rilek Naj rilek. “And aku dapat rasa cara kau layan aku dah lain.”


Kai terdiam. Tak tau apa yang patut dia balas sekarang ni.


“That’s why aku tak bagitau dekat orang yang aku ni perempuan. And aku tak act as a girl pun sebab tu. Aku tak reti nak terima layanan macam tu sebab dari kecik aku dah dilayan macam orang yang boleh survive sendiri sampai aku jadi macam ni.” Sketch book di tanah diangkat sambil kaki dilunjur ke depan.


“That’s why aku tak suka bila orang tengok aku as a girl.”


“Then kau lagi suka orang treat kau as what you are not.” Pensil di kertas terhenti menari. Terangkat sebelah kening Naj bila terdengar soalan cepumas dari Kai.


“But that’s who I am.” Pendek dia menjawab.


"People change you know."


"But it takes time."


"Still kau boleh berubah kan?" Perlahan Kai menanya.



"Entah. Maybe. Aku pun dah tak kenal diri aku sekarang ni." Naj pusing menghadap Kai. "First time aku jumpa kau aku rasa happy, rasa tenang je. But now aku tak boleh nak tenang bila ada dekat dengan kau. Aku pun tak tau nak described benda tu macam mana. It's just hati aku rasa macam lepas lari pecut 100 meter everytime i see you."



Naj membuang pandangan ke tengah tasik. Sempat dia mengerling muka Kai yang dah berubah. Entah apa maksud reaksi muka tu dia tak tahu. At least dia dah lepaskan apa yang dia rasa. That hurt feelings yang dok mencucuk dia dah dilepaskan suku. Now it's his turn.

Saturday, March 10, 2012

kosong 7


Malam ni abang tumpang rumah Ain. Esok abang kena turun site dekat Penang.

Air liur di anak tekak rasa berpasir bila terbaca mesej abangnya itu. Dah la rumah macam tongkan sebab ada perang dingin. Perang yang menyebabkan dia tak hingin sentuh hidup lelaki tu langsung. Conclusion, dari perang tu is rumah dia macam tongkang.


Habislah. Habislah. Macam mana ni. Telefon bimbit ditangan dikerling. Harini Rei cuti. Tapi takkan nak mintak tolong dia kot. Malu la. Ain kau nak kena dengan big bro sekali lagi or nak hidup aman bahagia?

Telefon bimbit dimasukkan kembali ke dalam beg. Lantak la apa nak jadi. Setiap kejadian ada hikmahnya. Kan?



********


Bunyi loceng kedengaran bergema kuat membuatkan Rei tersentak. Dok sedap-sedap tidur ada pulak makhluk yang mengacau. Hai, manusia manalah yang mai rumah aku tengah-tengah petang nih? Takkan Ain kut? Dia tu masuk rumah jerit bagi salam kuat-kuat ada la.



“Kejap, kejap!” Jerit Rei sambil melangkah laju ke pintu utama.


Tangan laju membuka pintu. “Haa. Nak apa?” dengan mata tertutup dia bertanya. Baru bangun tidur la katakan.


“Err. Rei? Petang-petang pun tidur ke? Tau tak tidur petang tu tak elok?” Macam kenal je suara ni tapi dimana ya?


Mata dibukak perlahan. Tergamam dia bila terlihat biasan cahaya dari susuk tubuh di hadapannya.


“Err.. Jemputlah masuk.” Laju dia member laluan. “Rumah semak sikit. Sibuk sampai tak sempat nak kemas.”


Aim melangkah masuk. Pandangan yang tadi ditala kehadapan menyorot ke muka Rei yang tersengih.


“Ada perang dunia ketiga ka?” Kening Aim terangkat. Ain, Ain. Perangai tak berubah.


“Err. . sebenarnya. .” belum sempat Rei habis berkata Aim mencantas.


“ Whole story please.” Rei menelan saliva. Habis hikayat Hang Rumah Tuah aku kena selongkar. Banyak folder pulak nak kena reopen. Haish.


******



Bunyi lagu 1928 - Soldier of Allah menyentak Ain yang tekun memandu. Laju tangan beralih dari stering kereta ke telefon di sebelah.


“Hello. Assalamualaikum.”


“Waalaikumussalam.” Erk. Suara abang de. Habisla. “Ain kat mana?” Tenang Aim bertanya.


“Tengah drive.”


“Cepat sikit. We’re waiting.” Memang habis la kau wqahai taik telinga oii. Balik nanti bakal di wash. “By the way. Where’s dinner?” Tak sempat balik dah kena basuh daa.

Thursday, January 26, 2012

andai ini keadaannya biarlah aku membujang selamnya.


“Mana hang belajar kurang ajar macam ni? Ni ikut perangai tak elok mak hang la ni!” Tangan yang memegang sudu berisi garam dibawa ke sinki.

“Banyak ni ka mak?”

“Ha tengok tu! Orang cakap dia boleh buat tak tau. Mak hang la dok ajar budak-budak ni perangai tak elok!” bekas berisi garam kasar ditutup. Kaki dibawa melangkah keluar. Mahu lari dari dunia petengkaran yang direka oleh ayahnya.

Sambil kaki nya belari otaknya ligat menjawab.
“Ayah, mak tak pernah ajar kami semua perangai ni tapi ayah yang dok ajar. Macam mana kami nak hormat kat orang yang tak reti hormat orang macam ayah? Cikgu kami ajar kat sekolah kalau nak orang hormat kita kita kena la hormat orang dulu. Kan?” Kaki terus melangkah.


“Haa lagi satu. Mi dah muak tengok ayah sumpah seranah mak. Kata yang Ina kena kencing manis pasal mak. Ayah, apa yang Allah bagi bukan bala tapi ujian. Ujian tu pulak nak tunjuk yang dia sayang kita. Apa ustaz ayah tak pernah ajar kat sekolah?
So jangan dok kata yang dugaan Allah bagi ni satu bala malapetaka. Sakit telinga Mi dengar bila ayah dok kutuk anugerah yang Allah bagi dekat family ni termasuk Mi.” Hujung mulut ternaik. Tersenyum sinis apabila membayang tindakan ayahnya jika benda ni yang terkeluar dari mulut time ayah dok menghamun tadi. Confirm seconfirmnya yang ayah akan balun dia tang tu jugak. Balun? Ayah balun dia lari dari rumah. Pi dok dengan Mak Su kat lorong sebelah. Habis story.

Tapi bila terfikir akan position mak sekarang membuatkan mulutnya terkunci. Jika disuarakan rasa hati yang memang ayat keluar dalam versi kurang ajar suda pasti baran ayah mendidih. Dah panas nanti mak pulak yang melecur teruk. Bila ayah frust mak la target first. Perasaan kesian kat mak membuatkan dia lari. Lari kerana takut suara hati bakal terbongkar lalu membuatkangempa bumi yang berskala ritcher 10 ketas terjadi.

                                               
               *                                             *                                             *


Air mata dikesat kasar. Makin dikesat makin banyak ia melimpah keluar. Sudah la. Dah naik pedih matanya menangis. Mata yang masih berkaca dihalakan ke tikar sejadah. Ya Allah, berilah petunjuk kat ayah Ya Allah. Jangan biarkan emak diperlakukan begitu Ya Allah. Dari emak dia belajar erti kesabaran. Dari emak dia belajar nilai kasih sayang. Dari emak dia belajar menghargai. Dari emak dia belajar menghormati seorang insane bergelar ayah.


Tapi dari ayah dia belajar bahawa perempuan sepatutnya mengikut semua yang disuruh suami. Kata-kata suami seolah perintah Allah yang wajib dituruti. Dari ayah juga dia belajar bahawa ego lelaki amatlah tinggi. Takkan bias runtuh walau sudah dikalahkan teruk. Bila tiada fakta yang mampu digunakan untuk berlawan agama digunakan. Mengatakan bahawa tingkah emak yang menasihati itu adalah melawan perintah si suami.

Ayah bercakap fasih agama. Tapi. Bila emak membuat kesalahan dicerca pula. Bukannya mahu membetulkan. Bukankah seorang suami patut melengkapi kelemahan isteri? Membetulkan apa yang perlu dan menyempurnakan apa yang kurang. Tapi ayah hanya memerli apabila emak melakukan kesilapan. Bukannya mehu menunjukkan cara yang betul untuk dilakukan. Apakah ini tugasnya suami? Apakah ini tugasnya ayah? Mengajarkan sesuatu yang tidak patut ditunjukkan?


Bukankah rasulullah melayan isterinya dengan lemah lembut? Mengapa ayah berkasar dengan emak? Ayah, moga hidayah dari Allah akan dating sebelum emak pergi meninggalkan engkau. Andai saat emak sudah tiada, sudah pasti terlambat untuk kau memohon kemaafannya.

Ayah, sayangilah emak kerana hanya emak yang paling memahami dirimu. Hanya emak yang sanggup menghadapi sifat panas baranmu. Bukannya anakmu yang hanya mahu berjaya di samping keluarganya sendiri. Bukannya nenek yang menanti panggilan dari ilahi untuk bersama suami tercinta. Bukan ayah. Hanya emak yang sanggup menemanimu selamanya. Hanya emak yang waktunya hamper dengan kau. Hanya emak yang mampu menjadi bidadari yang menemanimu disyurga kelak.

Bukannya harta yang kau katakan tidak akan menjadi milik emak andai kau tiada. Tanpa harta kebahagiaan masih menjelma. Dengan harta kebahagiaan itu bertambah sepatutnya. Tapi kau telah merosak segalanya. Hingga barang dapur pun kau gunakan duit emak yang tidak seberapa. Dimana tanggungjawab kau untuk member nafkah kepada emak dan kami semua? Mahu mengharap duit emak yang tidak sebanyak mana? Sampai bila? Sehingga emak berhenti mengerahkan tulang empat keratnya? Itupun jika dia sempat berhenti sebelum dijemput pergi.





Ayah, hartamu tidak ada nilai tanpa kasih sayang yang emak dan kami inginkan darimu ayah.

Sunday, December 18, 2011

the lonely love



Pagi itu terang seperti biasa. Tidur yang lena terhenti di sana. * sila dendangkan lagu bila aku sudah tiada nyanyian Hujan *

Hari itu hari yang indah. Aku menapak turun dari asrama aku yang indah. Ingin mengisi perut yang sudah mula mendendangkan lagu nyanyian P.Ramlee. aku turun seorang diri sedangkan kebanyakkan yang berada di situ berpasangan. Mungkin kerana aku masih baru jadi tiada yang berani menegurku. Aku berjalan dan berjalan. Terasa seolah diriku keseorangan.

Ketika aku sedang berjalan sambil mengelamun, aku tidak sedar bahawa kakiku telah membawaku hingga ke padang sekolah. Sungguh jauh jaraknya dari dewan makan. Tiba-tiba sebiji bola melantun keluar dari padang. Aku hairan kenapa dalam luas-luas padang tu bola tu kena melantun mai kat aku. sipi lagi ja nak kena kepala aku yang sama besar dengan Jimmy Neutron ni. Aku ni adik beradik Albert Einstein tahu. Out of the biru mataku menangkap susuk tubuh seseorang. And he’s a guy. Aku ni bajet pemalu so tunduk je la. Dari hujung mataku aku dapat melihat dia mengambil bola yang berada hamper di kakiku. Kemudian dengan tak disangka dia menyuakan mukanya kebawah di mana pandangan mataku berada lalu berkata “ sorry “ .







Owh! Cair seluruh jiwa ragaku. Termasuk la peti sejuk yang dok bekukan hati aku nih. Sungguh! Dia tak la hensem tapi ad la iras-iras Min Ho dengan Matsumoto Jun. Seriously, ketaq lutut aku melihat senyumnnya yang mempunyai 700 megawat itu! Sungguh terang bersinar! Inikah rasanya jatuh cinta? Indah sungguh.


Setelah peristiwa itu berlalu aku menceritakannya kepada kawan terkarib aku. tapi dia bukan budak sekolah tu. Aku gunakan handphone untuk berkomunikasi dengan dia. After all aku ada otak Jimmy Neutron kan. So gunalah. Buat apa aku biar berhabuk je otak aku ni.


Kawan aku yang merupakan pakar dalam masalah cinta ni tak setuju dengan aku. Dia kata aku jatuh hati dekat mamat tu just sebab aku rasa lonely. And dia kata lagi kalau tak percaya sikit hari lagi mesti hang akan fall for orang lain pulak. Mungkinkah? Adakah ini satu kebenaran? But jantung aku go thump! Bila aku Nampak muka dia. Bukan tu tanda orang jatuh cinta ka? Apa pandangan korang hah? Adakah this is love or not?


Sunday, November 27, 2011

kenapa?

lumrah hidup manusia, ada naik dan turun. seperti saham bursa Malaysia yang tidak selamanya kekal di atas begitu juga roda kereta yang perpusing. ada kalanya terasa sakit terkena tar adakalanya berangin enak di atas sekali. begitu jugalah hidup. naik turun dalam kehidupan menunjukkan kita hidup. jangan bimbang jika kita terasa peceh kepala disebabkan masalah yang menimpa kerana itu menunjukkan kita hidup.




lumrah juga bagi kanak-kanak ribena seperti aku mempunyai sifat ingin tahu. 




kadang kita bertanya. kenapa aku yang kena semua masalah ni? aku tak buat apa yang aku rasa salah. ramai lagi orang jahat kat luar sana tapi kenapa aku yang dapat ujian ni? kenapa hidup aku malang sangat? mesti korang pernah menghadapi situasi ni kan? walau semuda mana kau kau pasti pernah diduga. contoh, korang tak siap kerja rumah. cikgu marah kena pukul. ada korang pergi pukul balik cikgu tu? tak kan. kat sini korang diuji tahap kesabaran korang. diuji supaya korang akan jadi orang yang lagi baik dengan menghantar homework korang sebab takut kena rotan lagi. nampak tak point dia?





begitu juga hidup. kita takkan diuji andai kita tidak disayangi. sepanjang aku masih hidup aku banyak minta agar Dia beri aku ujian. sebab aku tak mau leka. walau seketika. sebab seketika tu sudah cukup untuk syaitan mendapat tempat balik kat hati aku. tanpa ujian aku akan menjadi alpa. lupa. lupa akan tujuan aku dilahirkan. 




kita dimarahi kerna disayangi. begitu juga bila diuji. bila kita susah kita akan ingat kepada dia. saat itu baru kita sedar langit tinggi atau rendah. yang berbeza cuma cara kita menyambut ujian itu. ada yang menyambutnya dengan kempali kepangkal jalan. tak kurang juga yang memaki hamun memarahi menanyai mengapa ujian itu diberi. dia terlalu tidak memahami  dan tak puas hati. kerana kehidupannya yang senang dahulu telah diambil kembali.






-renung-renungkan dan selamat beramal-

Thursday, November 24, 2011

kosong #2


Di raba pipinya yang berpijar. Wajah si ayah yang berang dijeling kasar. Keluhan kasar dilepas sebelum kaki melangkah pergi. Jeritan ayah dibelakang tidak diendahkan. Ibunya yang menangis hanya direnung sayu. Sebahagian dari hatinya merasa jijik dengan lakonan yang dibuat. Menangis bagai heroin yang kehilangan heronya. Huh. Kebahagiaan sudah enggan menjengah dalam kehidupannya. Biarlah dia pergi untuk mencorak kanvas hidup sendiri. motor Kawasaki hitam kesayangannya di bonceng. Dia mahu pergi. Mahu pergi jauh dari balai yang menyesakkan ini. Mata-mata polis yang meliar di situ tidak tahu erti privasi. Argh. Ibu dan ayah pun sama juga. Hanya tahu menyalahkan bukan mahu memperbetulkan.





Pedal minyak dipulas kuat. Motornya berdesup hilang dalam pekat malam. Okey ini bukan malam dah. Jam itu jarum sudah menunjuk ke angka 3. Bermakna sudah pagi la. Sebentar tadi sempat dia menghantar mesej kepada temannya. Mahu berjumpa di tempat biasa. Tempat yang tidak akan lekang dari kehidupan orang sepertinya.





Walau sering tempat itu dilawati. Tidak pernah lagi dia meneguk air yang makin digemari. Tapi kini keadaan berbeza sekali. Walau dulu dirinya tension sehingga tahap hendak bunuh  diri tapi air itu tidak pernah di sentuh walau ramai yang memberi. Dulu paling teruk dia hanya mengambil rokok yang sememangnya amat digemari. Tapi kini dia mahu mencuba mencari. Mencari kebahagian dengan meneguk air kencing syaitan terkutuk ini. Dia mahu melupaka segala kekusutan yang membelenggu diri. Di matanya ini la cara terbaik yang di jumpai.




Sedang dia asyik berhibur dengan rakannya, dia terasa bahunya ditepuk perlahan. Kepalanya di pusing. Mahu melihat empunya diri. Matanya bagaikan terjolol keluar bila melihat yang menyapanya bukanlah sebarangan orang. Jika mahu dikartunkan anda boleh la membayang kartun yang matanya terkeluar dari soket bersam mulut ternganga yang rahangnya jatuh sampai ke lutut.



“B .. b b b boss..”
“Hurm kau rei kan?”
Kepala dianggukkan tanda mengia. Rei. Itulah nama panggilan yang sering digunakan. Semua yang mengenalinya memanggil dia dengan nama itu kecuali keluarganya.




“Aku dengar kau kena tahan hari ni. Tapi aku dapat tau kau ni banyak jugak bagi sumbangan kat geng aku. Sebagai hadiah aku bagi ni kat kau”



Tapak tangan bosnya direnung.



“Ambik la. Anggap benda ni hadiah buat kau. 101. Kau jangan silap bilik pulak. Buat naya ja nanti. Hahaha.”




Bergetar tangan aku mengambil kunci tersebut. Nama hotel tertera di keychain yang diletakkan bersama dengan kunci tersebut. Bukan calang-calang hotel bai. Fuh ni mesti syok gila nih. Kakinya laju melangkah ke luar. Sudah tidak sabar mahu kebilik itu. Mahu landing sedap dia malam ni. Tambah di temani oleh wanita yang mungkin perempuan bosnya. Kisah apa. Sekarang yang dia tahu cume enjoy.




Kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu. Aik. Awat tak ada bunyi. Pintu ni tak kunci ka? Dia nak alu-alukan aku la ni. Sengih kerang tersungging di bibir. Dia melangkah masuk tanpa menyedari nombor yang tertera bukannya 101. Matanya berbalam. Dunianya pusing. Di dalam dunianya hanya ada keseronokkan. Dia sudah tidak nampak apa yang betul ataupun tidak. Yang dia tahu dia mahu melayari malam yang indaah ini bersama gadis yang mungkin bukan perawan lagi.

cerpen : nyawa



Ditenungnya telefon bimbit yang berada di tangan. Entah dimana silapnya hingga begini jadinya. Okay fine, silap aku. Kalau aku tak merajuk haritu tak adala jadi macam ni. Tapi mamat tu apa ke bangang sangat sampai tak paham action aku ni. Obviously, aku nak dia datang pujuk aku. Tapi kenapa la dia tak faham? Belajar tinggi-tinggi tapi melangit tapi benda tu pun tak faham ke? Huh. Buang karen je aku dok kutuk dia ni. Dah la free dapat dosa kering. Button telefon bimbit ditekan. Laju beb. Dah nama pun pro. Sila bayangkan muka ziana zain dengan kening terangkat. Button send direnung lama sebelum ditekan. Halal pi la dia nak kata apa pun. Yang aku tau aku nak dia balik.



Sedetik dua detik berlalu. Owh, tak nak balas ek? Tengok kalau aku hantar yang ni macam mana dia nak balas pulak. Hehe. Idea jahat muncul di kepala. Terasa seolah cartoon yang tumbuh tanduk la pula. Beerapa saat berlalu sebelum telefonnya bergetar. Sengaja diletakkan silent kerana takut menganggu isi rumah yang sedang enak melayan mimpi. Tau pun dia nak balas. Ingat dah tak reti nak mengguna telefon tu dah. Senyuman semanis madu terukir di bibir. Yeah! Taktik bejaya! Seronok bukan kepalang apabila taktik yang termuncul secara tiba-tiba Berjaya. Tapi. Malangnya senyuman yang terukir tadi hanya sementara. Si dia buat tak tahu balik. Peluang kedua yang diberi di pandang sepi. Nampaknya dia nak aku buat benda ni betul-betul. Okay fine! Tunggula nanti. Family hang takkan selamat selama tujuh keturunan.




 Mesej terakhir buat si dia dihantar. Menyesal tak sudah kerana memandang sepi nasihat yang diberi. Masih terngiang-ngiang nasihat yang si kawan bagi. Lelaki tu ramai. Cari je la yang lain. Buat apa nak menagih kasih dari yang tak mahu memberi. Ya. Memang ramai lelaki di luar sana. Tapi aku tak boleh hidup tanpa dia. Dia yang dahulu berubah ketara. jika dulu sentiasa berkongsi suka dan duka. Tapi kini sudah pandai bermain kayu tiga. Pisau di ambil. Diletakkan di tangan kecil. Cepat dia menorah tangannya sendiri. Mahu cepat tamat semua ini. Dunianya kosong. Mindanya bercelaru. Tika dalam keresahan perasaan begini dia terlupa akan asal tugasnya di bumi. Yang dia tahu hanya mahu cepat pergi.


Suara ibu bergema di telinga. Terdengar juga suara si bapa. Bertanya kenapa. Tapi dia sudah penat mahu menjawab. Matanya semakin kelam dan terasa berat. Biarlah dia berehat. Semoga bertemu di akhirat.







p/s: kepada wanita diluar sana sayangilah nyawa anda. jangan kerana seekor buaya darat anda merana .

Saturday, November 12, 2011

perginya seorang perwira

dialah sang perwira 
yang gagah bertahan demi keluarganya 
dialah sang perwira 
yang sanggup berlapar untuk anaknya
dialah sang perwira
yang gembira tika melihat anaknya ketawa
dialah sang perwira 
yang rela berkorban segalanya demi keluarga




dia perwira
yang paling gembira tika aku melawat dunia
dia perwira
yang sentiasa berusaha membuatku gembira
dia perwira 
yang menyimpan duka dalam senyumnya
dia perwira
yang sunyi hidupnya




aku tidak tahu sama ada dia bahagia saat itu
yang ku tahu aku gembira bila dia ada



dia perwira yang gagah
dia perwira yang berani
dia perwira yang tabah


gagahnya dia memimpin keluarga
 tiada tandingnya
beraninya dia menegur anaknya 
walau cara diambil banyak risikonya
tabahnya dia menghadapi segalanya
hingga nyawa diambil semula



sayu hatiku melihat keadaannya 
fizikalnya berbeza sama sekali
badannya kurus menunjukkan keadannya yang tenat sejak kebelakangan ini 
mukanya sama tika dia tidur
sebahagian dariku memohon agar matanya kembali terbuka
tapi 
apakan daya 
segala yang barlaku adalah takdirnya


aku merelakan diar pergi
dari dia terseksa begini
aku merelakan dia pergi
agar dia tenang di syurga firdausi
aku merelakan dia pergi
agar kami bertemu semula suatu hari nanti


selamat tinggal tok wan

semoga roh mu dicucuri rahmat-Nya






wan , i would not forget you forever
our memory will always be there 
so rest there peacefully 


al-Fatihah kepada wan aku yang selamat dikebumikan hari ini bersamaan dengan 13/11/2011


-mimie-

Saturday, November 5, 2011

i'll always be here


" Anne , kau pergi naik ferris wheel tu dengan kai and aku dengan mizu pergi naik roller coaster okay "
" haa ? "
" okay bye ! have fun ! "


anne tercegang . dia memerhatikan kai di sebelahnya . 


" erm . so , sekarang ni kita kena pergi naik ferris wheel tu la . "
" a'a la . kalau tak kita nak buat apa lagi ."


mereka berjalan beriringan . anne tersenyum gembira . mesti la happy kalau dapat naik ferris wheel dengan orang yang kau suka kan ? di dalam mindanya sudah terbayang babak-babak yang sering dipaparkan dalam manga shoujo yang sangat diminati . babak apa ? obviously , it's a kiss ! erm . . tapi . mamat ni suka kat aku ka . buatnya dia reject aku bila aku confess camne ? tidak !



sedar tak sedar anne dah duduk kat dalam ferris wheel yang paling famous di taman tema yang cukup terkenal sebagai port dating paling top . matanya mengerling kai yang berada bertentangan dengannya . suasana diam . sangat diam . kalau terkentut pun boleh dengar .


" awak takut tinggi ke ? "
" tak lah . mana ada . takkan laki macam saya ni nak takut tinggi kot . takkan la ."


anne tersenyum . hatinya berbunga apabila dapat melihat senyuman kai walaupun senyuman itu untuk mencover malu apabila sudah terkantoi . kai ni kalau menipu memang dia senang tangkap . langsung tak boleh nak cover elok-elok da . 


" erm . anne . "
" hurm ? "
" se . . sebenarnya . . sa . . saya sukakan awak ! "
" . . . "
" jadi , kalau saya nak date dengan awak boleh ? "



anne merenung kai yang mukanya merah bak sagu . mulutnya perlahan membuahkan senyuman ranum .


" okey . "


kai tercegang .


" betul ni ? "


anne diam . dia hanya mengangguk mengiakan . 




" erm . boleh saya duduk kat situ "
" boleh je "
" owh . okey "


kai bangun perlahan . mungkin bimbang ferris wheel yang dinaiki bergoynag . 


tiba-tiba anne mendapat idea jahat . " teng " sebiji mentol lampu menyala di tepi kepalanya . dengan kudrat yang dia ada dia menggoyangkan ferris wheel yang merka naiki . dia ketawa besar apabila kai yang tadinya kontrol macho terduduk sambil memeluk erat pemegang di dalam ferris wheel tersebut .


" err . a .. ada benda tadi . saya . terjatuh la . saya tak takut tinggi pun . "
" hahahaha . "


*        *         *


" awak tau tak sejak kebelakangan ni ada orang dok stalk saya "
" owh yeke ? "
" a'a . saya rasa saya ni cute sangat sampai orang suka dok stalk saya la "
" ye la tu . balik kejap lagi saya hantar awak sampai rumah awak okay . "
" hurm . okay "

anne tersenyum bahagia .



" dah sampai la awak . "
" then saya balik dulu la "
" bye . "
" bye . "


anne berdiri tegak . langkah kakinya yang tadi bergerak untuk memasuki pekaranag rumahnya terhenti . dia mahu melihat kai pergi . betapa hatinya berbunga apabila kai sudi bersamanya . 

" kai ! bye bye ! "


kai berpaling ke arah anne . dia tersenyum sambil melambai . tapi senyumannya yang manis tadi bertukar dengan riak terkejut .



" anne ! "



*        *          *


" lying . "
" huh ? anne ? awak dah bagun ? doktor ! "


anne membuka matanya . huh . hospital ? owh . betul la . aku kena langgar tadi . dia melihat lelaki yang menjerit namanya tadi . hurm ? sapa dia ni ? mana kai ?


" awak sapa ? "
" .... "


" aku sedara kau dari jauh "
" tipu . mana parents aku ? "
" parents kau dah meninggal . "
" tipu ! penipu ! mana kai ? "
" . . . kai tak wujud . tu cuma mimpi kau je "
" kau tipu . benda tu betul ! aku ingat lagi benda tu . baru kelmarin ja aku date dengan dia ! "
" tu cuma mimpi kau je . dah jom balik . "
" balik mana ? "
" rumah aku . "
" hah ? kau sapa ? stalker ! aku nak jumpa parents aku la ! "
" diam . "
" tak nak ! aku nak parents aku la ! aku nak jumpa kai ! "
" ish ! "


anne terkedu . lelaki yang tidak dikenali itu dengan mudah mencempung badannya keluar . 

" apa ni ? lepaskan aku la ! aku nak turun ! lepas la ! "
" diam ! "
" ! ... "


*            *           *


" sori , rumah ni tak selesa sangat . and jangan keluar bila aku tak ada . kawasan ni tahap keselamatan dia rendah . and satu lagi jangan buka atau tengok luar tingkap . karang ada orang mai culik kau pulak . aku nak pergi kerja ni . kalau lapar tu makanan ada atas tu . "

anne diam . malas bercakap dengan stalker yang mengaku sedara . macam mana la dia boleh end up kat rumah mamat tak betul ni . kai . i miss you . anne berjalan menghampiri langsir . kenapa laki tu tak bagi aku bukak langsir ek . dah tu tak bagitau nama pulak . hurm . anne merenung suasana di hadapan rumahnya . matanya yang tadi galak memerhati keadaan persekiaran rumah itu terhenti apabila ternampak kelibat seorang lelaki . kai ! kai . lelaki tu tengah cakap dengan kai . 



kakinya pantas di hayun keluar apabila kelibat kai semakin menjauh . kai . kai . kai .dia terus berlari sehinggalah tiba di satu persimpangan . tak . tak mungkin . anne terduduk . kai . ada orang lain .


" kan aku kata dah jangan keluar . "
" . . . "


" aku nak pegi taman tema tu . aku nak ingat balik memori aku dengan kai . "
" . . . okay . "



*    *    *


" kau takut tinggi ke ? "
" tak lah . "


anne tersenyum . tiba-tiba dia menghayunkan cabin ferris wheel yang dinaikinya . matanya merenung muka lelaki stalker yang pucat itu . perlahan mukanya didekatdan dengan muka lelaki tersebut . 



" kai . "


anne tersenyum .

kai terkedu . tapi . perlahan-lahan . senyuman manis mekar di wajahnya .


' kai , terima kasih sebab stay dengan aku 15 tahun ni . aku dah bazirkan masa kau sebanyak 15 tahun jadi aku nak reply balik jasa kau tu . kau memang penggang dengan janji . untuk stay dengan aku . thanks . and sorry . '


*         *        *



never though something happen for nothing



- this story is based on a mang -



-mimie -

Friday, October 28, 2011

maaf

this story is based on big bang's song


love song





hope you enjoy 







deru angin pantai lembut menyapa wajahnya . matanya tenang merenung tempat si dia pergi . pergi . pergi yang takkan kembali . betapa dia berharap dirinya muncul kembali . satu saat pun cukuplah . tapi . siapa dia untuk melakukan semua itu ? dia cuma lelaki biasa . yang tidak berkuasa seperti tuhan yang hanya perlu menyebut "kun faya kun " untuk mencipta sesuatu . dengan perkataan yang sebegitu pendek sesuatu bleh di cipta . sesuatu boleh dijadikan . betapa berkuasanya tuhan itu . tapi . dia cuma manusia biasa . bukannya perdana menteri yang bisa menyebabkan peperangan . bukannya saintis yang boleh mencipta sesuatu yang luar biasa . dia cuma seorang lelaki . biasa . yang berharap kekasihnya bakal kembali . dari sana . matanya yang tadi merenung ke jalan di alih ke atas, merenung awan malam yang berarak laju menghadang rembulan dan bintang-bintang yang bertaburan . ingatannya tadi yang hanya memainkan wajah si dia berubah channel, mengingati detik yang meragut nyawa dia . detik yang amat menyeksa jiwanya . sehingga tidak sanggup untuk dia ingati . cukup . dia enggan mengingati semua itu . cukuplah . dia cuma mahu kekasihnya .



matanya sayu merenung dada langit . mungkin dia sedang bersembunyi di balik awan . mahu bermain hide and seek seperti dulu-dulu . mungkin dia telah menjadi ahli bintang-bintang yang bekerdipan di angkasa sana . mungkin .



tapi . kenapa dia tinggalkan aku seorang diri di sini . menghadapi kehidupan yang seolah movie hitam putih tanpa kehadirannya . bawalah aku bersamamu . ke tempat dimana yang dekat dengan bulan dan bintang . kerana . dunia ini tidak bermakna tanpa kehadiran dia . matanya kembali merenung . dunianya benar-benar hitam putih . cahaya lampu yang dulunya oren sudah tidak bewarna di matanya . dia benar-benar sudah rabun warna . mulutnya yang tadi tertutup rapat terbuka . perlahan-lahan ia bergerak seolah-olah mengatakan sesuatu . suara yang tadi seperti bisikan dalam kelambu menjadi semakin kuat kuat dan kuat .



nyanyian . ya . kerana itulah tentang dirinya yang paling disukai oleh si dia . dia terus menyanyikan lagu itu . lagu yang dicipta oleh perasaannya . dia tidak pernah menulis lirik lagu itu . lagu itu seolah-olah datang dari angin . dari si dia . seni kata lagu itu terlalu banyak persamaan dengan seni kata lagu yang si dia selalu tulis untuknya . mungkin ini yang dia mahu .tapi . inilah kali pertama dan kali terakhir dia menyanyikan lagu itu . lagu yang mengatakan untuk melepaskan benda yang berlalu . melepaskan dia pergi . dia mahu melupakan semua ini . melupakan memori duka ini . biarlah yang gembira saja yang tinggal . dia terus menyayi . mulutnya perlahan-lahanmengukir senyuman sambil terus menyanyikan lagu yang didengarinya dari angin itu .




matanya perlahan-lahan ditutup . nafasnya disatukan dengan deru angin yang lembut menyapa wajahnya . terasa seolah-olah nafasnya bersatu dengan nafas si dia . bau perfume yang sama . bau dia . mindanya perlahan mereka mimpi tentang mereka berdua . masa . berhenti . jangan pisahkan aku dan dia . angin . berhentilah . inilah kata-kataku yang terakhir buatmu . aku akan pergi kepadamu . wait for me .


sometimes it's okay to cry




kakinya digerakkan . perlahan da menuju ke gigi air . fikirannya hanya dipenuhi oleh dia . air yang tadi hanya pada paras buku lali bertambah ke lutut . semakin tinggi dan tinggi hingga mencapai dadanya . saat nyawanya hampir ditamatkan oleh dirinya sendiri, satu memori terlayar di matanya .



" awak . "
" hurm  .? "
" kalau saya tak ada dah nanti awak nak buat apa  .? "
" apa ni cakap pasal tak de tak de ni . ? "
" saya cakap kalau la awak . "
" urm . saya nak ikut awak la . kalau awak pergi dulu then saya akan ikut awak . saya takkan tinggalkan awak "
" saya bahagia dengar cakap awak tu . tapi . "
" tapi ? "
" saya tak nak awak bunuh diri semata-mata sebab saya . saya nak awak teruskan kehidupan awak . tolong bawa harapan saya yang nak hidup dengan anak cucu saya . yang nak hidup bahagia di dunia ni . walaupun saya dah tak ada waktu tu, tapi saya nak awak tolong hidup untuk saya . janji dengan saya okay ."
" ala . tak seronok la kalau awak tak ada . "
" awak . hidup mati tu bukan urusan kita kan . so janji tau yang awak akan hidup untuk saya . "
" hurm . okey la . saya janji . "



let it go . it's not good to keep things thats not yours



dia tersedar . perlahan mulutnya mengukir senyuman . senyuman yang hambar . maaf awak . hampir-hampir dia terlanggar janjinya . perlahan-lahan dia berpaling . berpaling ke arah pantai . hidup mesti diteruskan . demi dia . mulutnya tersenyum lagi . air mata jantannya megalir perlahan . dia takkan kalah . egonya tidak membenarkan dia memunkiri janji itu . live .






live never gonna stop until you die



enjoy 




we can never change the past yet we can create the future




Monday, October 24, 2011

dia

dia .
dia yang tidak asing lagi bagiku . dia hadir dahulu memberi cahaya dalam hidupku yang suram . dia hadir mengubah persepsiku tentang kehidupan . dia hadir memberikan kebahagiaan . kehadirannya merupakan anugerah tak ternilai bagiku . terlalu banyak kenanganku bersama dia . kenangan yang manis . ya manis . manis bagiku dulu . bukan sekarang .mungkin ini semua salahku . aku yang silap membuat pecaturan . entah hasutan atau hidayah yang ku pilih tika itu . yang pasti kerana permintaan ku untuk perpisahan telah melukakan diriku sendiri . 




ana memanggung kepalanya . matanya merenung jauh ke dada lagit . deru angin pantai yang tenang tidak dapat menenangkan ribut perasaannya yang bagai taufan irene . ditambah pula dengan gempa bumi dan tsunami . fuhh . memang susah nak bagi okey balik .

" hahh . " satu keluhan dilepaskan .
matanya kembali merenung . tapi kali ini kaki langit yang bersempadan dengan lautan menjadi fokusnya . dahulu tika aku bahagia bersamanya pasti aku akan merenung kaki langit itu sambil tersenyum . jika aku kesedihan pula pasti ku mengankat kepalaku dan menjerit pada lautan yang tiada penghujungnya bahawa aku tidak akan kalah . tapi . itu semua dahulu . tika dia masih mewarnai hidupku . 

kini . hidupku yang dulu terang kembali suram . bukan kerana salahnya . tapi kerana perbuatan ku sendiri . mungkin semua yang terjadi ada hikmahnya . ya . mungkin sekali . mungkin kerana itu aku begitu tega menghubunginya lagi . seolah perigi mencari timba bukan . tapi desakan hatiku yang begitu kuat membuatkan jariku bergerak sendiri mencari namanya . owh . lupa pula yang aku sudah delete number dia . apa la . namun itu tidak menjadi halangan . numbernya yang tidak pernah ku hafal tiba-tiba muncul kembali diingatanku . tepat pulak tu .

hidupku yang dulu suram kembali berwarna . cuma kadang kata-katanya membuat luka yang cuba ku ubati berdarah semula . tapi ini semua salahku sendiri jadi tiada gunanya untuk aku menyalahkannya bukan . 

perasaanku yang sudah berkecamuk menjadi semakin huru hara . dia meminta untuk kembali padanya . tapi . aku takut . takut jika diriku dilukai semula . terlalu banyak andaian yang bermain di minda ku . ye la . aku kan suka berangan . aku takut jika dia membalas balik perbuatan ku kepadanya . aku takut hubungan kami yang elok sekarang menjadi teruk apabila aku menerimanya . kadang sikapnya sendiri membuat aku rasa tidak senang duduk . err . aku ni kuat cemburu deh -.- . tapi . entahlah . pada masa yang sama aku tidak mahu di dirampas dariku . sadis bukan sifatku ini . mungkin aku patut menerimanya atau mungkin tidak . entah la .




- to be continue -




-mimie-

israk mikraj's ceramah

assalamualaikum
helo
pe khabar semua?
anda sihat?
ka dah ada yang kena demam kura sebab exam dh makin dekat ?
ya exam memang makin dekat . . err . . aku tak tau la pulak yang exam 2 ada kaki -.- . hehe . kidding .


bulan depan ikut kalendar hijrah kita akan sambut Ramadhan ~ yeay ! tak sabarnya bak solat tarawih ramai-ramai !terngiang-ngiang di telingaku yang besar cam telinga gajah ni akan panggilan untuk solat tarawih . i miss it ! really really miss it !

okay. tu kalau ikut kalendat hijrah . how 'bout masihi? 

erm . . jap jap . mau cek sat . 


ark! trial !!!! it's going to be . . erm . . 2 weeks more ?! oh lalala . that was so nice . ha . ha . aduss . camne mau ambik exam ni ? dah la belajar pun x habis lagi . naya naya . hurm . . dan lagi kalau belajar leklok ni . 

yeah .

just like what he said .
korang nak tau sapa ?
tak nak ?
tak pa la . aku nak bagitau gak . ngeh ngeh .

'he' is that mr penceramah well not he but hes . there's another one . yang sorang ceramah sal israk mikraj and one more give about exam .

okay aku sebenarnya nak story sal that mr. penceramah israk mikraj .

there's the story .

israk mikraj . bla bla. ada yang tak percaya . 
yeah . 
that the start

seorang lelaki ni tak percaya yang rasulallah pi langit ke tujuh so dia pi jumpa rasulallah face to face . then dia bagitau rasulallah yang dia tak percaya bahawa rasulallah naik ke langit ke tujuh and dia akan percaya kalau rasulalla boleh buat dua benda ni . rasulallah pun tanya benda apakah itu . dia pun kata . " angkat kaki kanan kau ." rasulallah pun angkat . " angkat lagi sebelah kaki . " cuba korang predict apa yang jadi lepas tu ? haha . obviously la yang rasulallah tak boleh buat camtu sebab dia tak terbang masa naik ke langit ke tujuh kan ? dia diterbangkan right ? then rasulallah pun suruh lelaki tu pi tanya kat sahabat rasulallah . lelaki tu pun keluar la and jalan punya jalan dia tersempak dengan salah seorang sahabat nabi iaitu umar al-khatab , then laki tu pun bagitau la kat umar yang rasulallah suruh dia jumpa dengan umar . then umar tanya ' kenapa' . dia pun cerita . habis ja dia cerita umar panggil dia . " mai sini sikit " dia pun pi . " sikit lagi " dia jalan lagi . jalan punya jalan tengok tengok kepala dia ada betul- betul depan kepala umar . umar turunkan tangan dia kat pedang . sekali dia tarik pedang dia keluar putus kepala lelaki tadi tu . a.k.a dia pancung la . 

heh. orang yang tak percaya akan allah dan yang melawan allah maksudnya dia dah cukup berani nak mati la . 
tu apa yang penceramah tu kata la . 

that's is one of the contoh .

then
dalam dok ceramah pasal israk mikraj pun dia dan selit pasal COUPLE .
aku tak ingat la macam mana kitorang boleh masuk bab ni .

then dia cerita punya cerita dia tanya kitorang

" kat sini ada sapa-sapa yang couple tak ? "

well aku couple lagi time tu tapi x nak angkat tangan sebab tak da sekor pun budak-budak kat situ angkat tangan .
then dia kata .

" kalau tak dak bagus la . tapi kat sekolah mesti ada kan . tak pun kat sini mesti ada yang couple tapi taknak mengaku . kalau sapa-sapa yang couple tu meh ustaz nak putuskan . setuju ? "

kami semua pun pakat angguk ramai-ramai macam burung belatuk .

then dia pun mulakan sesi memutuskan ' couple '

dah selesai dia tanya nak doa bagi sapa-sapa yang dok couple lagi tu fail tak ?

kami semua tak berani bangkang la sebab kitorang semua ' tak ' couple kan .
angguk aje la labu .

time dia doa tu punya dok ketar kalau betul-betul aku fail exam .


tapi


last-last minute dia tukar .
tak doa kami untuk fail kalau bercouple tapi just doa agar kami berjaya dan diberikan hidayah .


habis ja program tu aku rasa macam aku langsung tak ada feeling kat dia dah .
so balik tu aku mintak la break .


tapi .

tu time tu la .

sekarang rasa tu serang balik .

aku taktau kenapa .
aku nak lari tapi tak boleh .

aku rasa macam dia guna-gunakan aku ja .
okay . main-main ja .
tak mungkin la hai .


entah la .
cinta tu terlalu abstract .
kalau kita boleh nampak cinta tu macam mana kan senang . tak gaduh dok pening-pening pikir pasal dia dah .


shape of love | if we can see the love we would always choose the beautiful one


tapi sekarang bila hati aku mula nak kat dia balik dia pulak buat endah tak endah .
fed up aku ngan benda ni .

grr !!

kadang-kadang rasa nak buang ja perasaan yang aku ada ni and samakan diri aku dengan robot

tapi 

benda tu impossible .
kalau aku berjaya pun time tu mesti aku dah say goodbye to the world kan .

haha .
ihsan photobucket 


well
let us just follow the flow .
after all

anything may happen to us in the future right .
we just have to wait
kesabaran | well it's true right 

that's all for now .


goodbye


p/s : ni post lama yang tak terpost ari tu .

korang layan je la .


thanks for reading 'till the end

love you guys ~

daa


assalamualaikum


-mimie-

Sunday, October 23, 2011

cerpen : kau

aku berjalan sayu menuju ke surau . di malam-malam sepi ini ingatan ku melayang ke waktu kita bersama dahulu . ya . kita . aku dan kau . masihkah kau ingat detik pertama kita berkenalan ? masihkah kau ingat salam yang kau hulurkan ? masihkah kau ingat detik pertama pertemuan ? pertemuan yang tak terjangka bukan . detik pertemuan yang membuatkan hidupku berubah sekelip mata . 

andai kita tidak bertemu sudah pasti sekarang aku sedang hidup bahagia bersama keluargaku . andai kita tak bertemu sudah pasti aku sudah menjadi wanita yang bekerjaya sekarang ini . andai cintaku bukan milikmu tika itu pasti semua ini tidak mungkin terjadi . andai aku tidak menyambut salam persahabatanmu dahulu sudah pasti jiwaku takkan terseksa sebegini . terlalu banyak andai yang berlegar di minda kecil konetku ini . terlalu banyak seumpama bintang-bintang yang bertaburan di dada langit tika ini . bintang . ya bintang . mindaku menjana memori dahulu kala . tertayang kembali detik yang indah bagiku dahulu .


" awak , bintang tu cantikkan " kataku sambil menunjukkan kearah bintang yang ku maksudkan itu .
" yang mana satu ? banyak sangat la bintang . "
 " ala yang tu la . " kataku lagi sambil menunding jari ku kearah segroup bintang .
" semua tu ka ? "
" tak . yang tu la . " balasku lagi sambil menukar arah tundingan jari kearah diriku sendiri .
" owh . main-main ek ? nak kena ni . " katanya sambil menunjukkan eksyen seperti hendak menggelet diriku yang cekeding ini . jangan salah sangka ya . kami dah kahwin . ya . kahwin lari . perkahwinan inilah yang menyebabkan huru hara dalam hidupku . mungkin kerana tiadanya restu dari ke empat-empat ibu , bapa , ibu mertuaku dan bapa mertuaku . 

ya . 
disebabkan tiadanya restu hidup kami yang pada mulanya indah bagai taman di syurga menjadi huru-hara . pertambahan pekerja asing yang begitu mendadak memberi impak yang besar buat kami . susah benar mahu mencari kerja ketika itu . tapi . walau bertapa sukarnya hidup kami tika itu , kami tetap tidak pernah mengalah . walau berapa banyak sekalipun diriku ini dikasari aku tetap sabar menghadapinya . kerana aku telah berjanji . berjanji bahawa aku akan sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan . hinggalah satu detik yang bermakna dalam hidupku tiba .

" awak , saya dah dapat gaji untuk bulan ni . bulan ni punya gaji lebih sikit sebab tambah dengan bonus . "
" bagusla kalau macam tu . " aku tersenyum riang .
" jom kita pergi bali . "
" hah ? untuk apa ? "
" pergi makan angin la . saya kesian tengok awak asyik kerja ja memanjang . lepas kerja buat kerja rumah pula . sebab tu la saya nak ajak awak pergi bali . sambil-sambil tu kita boleh honeymoon sekali kan . "
" honeymoon apa lagi abang ni . kita ni dah jadi pengantin basi la . "
" ala takpa la . anggap ja percutian ni satu hadiah dari saya kat awak okey . "

aku memanggung kepala . mataku liar mencari anak matanya .kelihatan cahaya cinta dari situ . ya . mungkin ini yang terbaik . aku membalas senyumannya dengan senyuman yang paling manis pernah aku ada . 

                 *                                                 *                                                      *

" abang . bangun la bang . cepat la . nanti kita lambat pula nak pergi jalan-jalan . "
" ermm .. kejap la .. "
" abang . kalau macam ni biar saya pergi sorang je la . " katku kuat lalu berjalan keluar dari bilik . sebenarnya aku cuma mengacah saje . tak berani la aku nak pergi jalan-jalan kat tempat orang macamni sorang-sorang . aku turun ke bahagian bawah hotel untuk membukus sarapan buat kami berdua . 


selesai membali sarapan , aku menapak kembali ke arah bilik kami berdua . pintu bilik ku ketuk perlahan tetapi tiada balasan darinya . aku ketuk kembali dengan ketukkan yang lebih kuat . tiada juga reaksi darinya . aku kemudiannya memulas tombol pintu yang ku sangka berkunci tapi rupanya tidak . perlahan-lahan aku membuka pintu tersebut dan berjalan masuk .

aku bagaikan terkena kejutan elktrik ( rasa macam kena heart attack pun ada gak ) apabila melihat keadaan bilik kami yang bersepah . aku jatuh terjelepuk apabila mataku tertacap kearah tunuh suamiku yang berlumuran darah . darah . darah . pukul . mati . tak semua ni tak benar . ni .. ni mimpi ja . kau bukak mata satgi semua okey . aku membuka mataku kembali . malang bagiku kerana semua yang ku sangka mimpi rupanya adalah satu kebenaran . 

" polis ! jangan bergerak ! " aku dikejutkan dengan sergahan dari pihak polis . 


__________________________________________________________________________________


dua tahun telah berlalu dari detik hitam itu . rumah ku kini ialah di hospital . aku disahkan menghidapi AIDS . mungkin kerana dia ataupun mungkin ini takdir-Nya . keluargaku pula sudah tidak sudi menatap wajahku lagi . tambah-tambah ayah dan ibuku pergi menyambut seruan ilahi setelah beberapa bulan perkahwinan kami . aku langsung tidak mendapat berita tentang kematian mereka . sayu benar hatiku apabila mengetahui kebenaran ini tidak lama dahulu .

aku mengangkat muka . melihat bulan yang bersinar terang . belihat bintang yang tidak penat bergemerlipan . mungkin dia telah menjadi salah satu dari bintang itu . tapi , yang ku tahu dia sudah berada di atas sana . bersama kedua ibu bapaku yang entah memaafkan aku atau tidak . pernah terlintas di fikiranku untuk menamatkan riwayat ku sendiri . tapi aku teringat kata-katanya satu ketika dahulu . jangan bunuh diri untuk abang . sayang nyawa yang merupakan satu pinjaman . janji dengan abang okey . terlayar dimataku senyuman ikhlas seorang suami yang berusaha sehabis upaya untuk memberikan aku kehidupan yang sempurna .

walau apa pun yang terjadi . dialah bidadaraku . walaupun kadang ku menyesal seribu kata . tapi sesalan itu sudah tak berguna .

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...