Showing posts with label kosong. Show all posts
Showing posts with label kosong. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

kosong 7


Malam ni abang tumpang rumah Ain. Esok abang kena turun site dekat Penang.

Air liur di anak tekak rasa berpasir bila terbaca mesej abangnya itu. Dah la rumah macam tongkan sebab ada perang dingin. Perang yang menyebabkan dia tak hingin sentuh hidup lelaki tu langsung. Conclusion, dari perang tu is rumah dia macam tongkang.


Habislah. Habislah. Macam mana ni. Telefon bimbit ditangan dikerling. Harini Rei cuti. Tapi takkan nak mintak tolong dia kot. Malu la. Ain kau nak kena dengan big bro sekali lagi or nak hidup aman bahagia?

Telefon bimbit dimasukkan kembali ke dalam beg. Lantak la apa nak jadi. Setiap kejadian ada hikmahnya. Kan?



********


Bunyi loceng kedengaran bergema kuat membuatkan Rei tersentak. Dok sedap-sedap tidur ada pulak makhluk yang mengacau. Hai, manusia manalah yang mai rumah aku tengah-tengah petang nih? Takkan Ain kut? Dia tu masuk rumah jerit bagi salam kuat-kuat ada la.



“Kejap, kejap!” Jerit Rei sambil melangkah laju ke pintu utama.


Tangan laju membuka pintu. “Haa. Nak apa?” dengan mata tertutup dia bertanya. Baru bangun tidur la katakan.


“Err. Rei? Petang-petang pun tidur ke? Tau tak tidur petang tu tak elok?” Macam kenal je suara ni tapi dimana ya?


Mata dibukak perlahan. Tergamam dia bila terlihat biasan cahaya dari susuk tubuh di hadapannya.


“Err.. Jemputlah masuk.” Laju dia member laluan. “Rumah semak sikit. Sibuk sampai tak sempat nak kemas.”


Aim melangkah masuk. Pandangan yang tadi ditala kehadapan menyorot ke muka Rei yang tersengih.


“Ada perang dunia ketiga ka?” Kening Aim terangkat. Ain, Ain. Perangai tak berubah.


“Err. . sebenarnya. .” belum sempat Rei habis berkata Aim mencantas.


“ Whole story please.” Rei menelan saliva. Habis hikayat Hang Rumah Tuah aku kena selongkar. Banyak folder pulak nak kena reopen. Haish.


******



Bunyi lagu 1928 - Soldier of Allah menyentak Ain yang tekun memandu. Laju tangan beralih dari stering kereta ke telefon di sebelah.


“Hello. Assalamualaikum.”


“Waalaikumussalam.” Erk. Suara abang de. Habisla. “Ain kat mana?” Tenang Aim bertanya.


“Tengah drive.”


“Cepat sikit. We’re waiting.” Memang habis la kau wqahai taik telinga oii. Balik nanti bakal di wash. “By the way. Where’s dinner?” Tak sempat balik dah kena basuh daa.

Monday, February 6, 2012

kosong (5)


“So kau dah decide nak continue study kat mana?”


“Continue study? Aku dah habis belajar la.”


Ain lipat kepala 90 darjah. “ Like, seriously?”


Rei angguk. “BA Hons in Mechanical Engineering?”


“Whoa! That’s my husband!” Awesome! Yang ni memang tak tersangka. But Ain, muka dia memang tak ada kriteria mat rempit la dey. Ha’a la. “Rei, what’s your full name?”


“Syafik Zariel Bin Ekhwan Hamid?”


“You have a family business right?”


“Erm. . yeah?”


“The E&M Sdn. Bhd?”


“. . .”


“I’m right. Right?” Ain angkat kening. Anak CEO rupanya. Patutla dia macam kenal je pak mertua dia. Hehe. Jom buat misi mengikis~


“Jangan mintak duit or hadiah dari aku. Alaun aku dah kena potong sepenuhnya and everything aku kena tanggung sendiri from now. And don’t ask about my family again. And money or company. It’s not mine okay.” Senafas Rei berucap.


 Aiseh. Macam mana la dia boleh baca otak aku yang kebal nih? “Okay. Okay. Aku pun ada kerja sendiri la.” Ain juling mata ke atas. “Mak kau tu bukan your real mum ek?” Ain kalih menghadap Rei di sebelah.


Rei bagi jelingan laser. “Ain.”


“Okay. Fine. I won’t ask you again.” Kaki yang disilakan di lunjurkan ke bawah. Sofa yang empuk tidak dapat menghilangkan rasa kematu dipunggungnya. Why? Kenapa Rei tak suka talk about his family? I smell a rat here.



******


“So it’s true yeah.”


“What?”


“Ma still kenengkan kan kau dengan Far.”


“A’a. Why? Jeles?”


“No way man.” Ain tergelak. “I’m steel hearted woman la.” Muka dikalih dari skrin HBO. “But why kau rapat dengan ma more than pa?” That’s weird right? Selalunya anak tiri tak rapat dengan mak tiri or segala tiri. Selalunya. La.


“Rapat? Besa ja.”


“Still Nampak yang kau more kekok dengan papa. Or should I say become an ice when he’s near you?”


“Is it?” Mata Rei still tenung HBO. “Nampak sangat ka?”


“Yup!”


Rei mengeluh. “I don’t know. Maybe sebab aku tahu yang pa is the one to blame.” Muka Rei tukar angin. Mendung macam kena cover dengan awan kumulonimbus. Tunggu masa nak hujan ja tu.


“For what?” Rei still tak sedar yang Ain nak korek sejarah Parameswara dia.


“For letting her . . Ain!” muka dikalih laju. Baru tersedar Ain tengah langgar peraturan.


Ain sengih tiram. “Ala. Just story me la. For once?”


“For once? It’s the twice that you perangkap me like this!”


“Twice? Really?”


Rei juling mata. Muka keruh tadi dah merah. “Stop buatkan aku teringat about all that. I hate it.” Nada Rei keras. “Not about my past. It’s what I want to throw not to be framed.”


“But I’m your friend..” Tutu rain perlahan. “Right?” Ain buat muka puppy.


“When I say no it’s mean no.”


“But why? I’m your wife okay!”


“No! It’s not that I can share everything with you! You can’t complete my empty heart! Nobody can! Even her!” Ain tercegang. First time someone tinggi suara kat dia. I mean second time. First masa kena dengan big bro.


“Who’s ‘her’?”


“Nobody in your life.”


Darah Ain naik. “Fine then. Go on with your lame stupid sad past and your mountain ego!”


Saturday, November 26, 2011

kosong # 3

Kepala yang sakit dipegang. Terasa seolah ada tukul dok menghentak di situ. Apa jadi semalam? Ish memori ni pun tak reti nak muncul ka? Matanya meliar memandang sekeliling bilik. Erm, sungguh dia tak kenal bilik tu. Apa aku buat kat bilik orang nih?


 Kemudian matanya tertacap kepada benda yang bergerak di bawah selimut di sebelahnya. Gak? Mendapa pulak nih. Tengok tak tengok. Tengok tak tengok. Tengok je la! Perlahan selimut itu dia angkat. Ish satgi buat keluar muka hantu terkejut beruk pulak. Bukak terus la. Pantas tangannya menyelak selimut tersebut. Naik melayang ke udara kemudian terjatuh di atas lantai. Terkejutnya bukan kepalang bila melihat sekujur tubuh berbaring disebelahnya. Perempuan! Dah tu tak berbaju pulak. Terasa ‘si adik’ keras tiba-tiba. Adeh. Baik aku blah dulu. Buat kena tangkap naya ja.


Baju dilantai di kutip tangkas. Cepat-cepat dia menyarungkan seluar. Belum sempat zip ditutup dia terdengar pintu diketuk. Gulp. Sapa pulak yang mai pagi-pagi buta nih? Aik. Suara laki pulak tuh.  Sapa pulak ni bai.


Pintu bilik dibuka. Muka seorang lelaki terpampang di matanya. Laki itu kaku. Matanya bulat tanda terkejut. Buk! Aik? Bunyi apa pulak tu? Dikalih kepalanya kebelakang untuk melihat apa yang berlaku. Kelihatan perempuan yang tidak berbaju tadi terpisat-pisat bangun. “ Aduh . . “ dipegang kepalanya sambil mengerang. Terjatuh katil mau tak sakit. Dah la katil tu sikit punya tinggi. Cepat-cepta dip using kepalanya apabila terperasan yang perempuan itu tidak berbaju. Dah dok asyik usya muka perempuan tu ja mau nak perasan.


Tiba-tiba dunianya terasa melayang. Pandangannya jadi berbalam.

“ Apa kau buat kat adik aku hah?! Jawab! Baik kau jawab lekas!”
Aku yang terkedu menjadi kaku. A’a. apa aku buat huh? Aku pun tak ingat.

‘Adik’ si abang tadi tiba-tiba bersuara.

“Abang!”

“Aku tak kira kau kena bertanggungjawab!” Kata si abang membuat aku terkelu. Tidakkah dia terfikir akan masa depan adiknya itu? Huh. Keluhan demi keluhan kulepaskan. Otak aku memang cukup masak untuk memilih keputusan. Aku membuka mulut mahu berkata. Dalam hati ku mohon agar keputusan yang ku ambil ini adalah keputusan yang sebenarnya.






- nak tahu resultnya? tunggu la -

Thursday, November 24, 2011

kosong #2


Di raba pipinya yang berpijar. Wajah si ayah yang berang dijeling kasar. Keluhan kasar dilepas sebelum kaki melangkah pergi. Jeritan ayah dibelakang tidak diendahkan. Ibunya yang menangis hanya direnung sayu. Sebahagian dari hatinya merasa jijik dengan lakonan yang dibuat. Menangis bagai heroin yang kehilangan heronya. Huh. Kebahagiaan sudah enggan menjengah dalam kehidupannya. Biarlah dia pergi untuk mencorak kanvas hidup sendiri. motor Kawasaki hitam kesayangannya di bonceng. Dia mahu pergi. Mahu pergi jauh dari balai yang menyesakkan ini. Mata-mata polis yang meliar di situ tidak tahu erti privasi. Argh. Ibu dan ayah pun sama juga. Hanya tahu menyalahkan bukan mahu memperbetulkan.





Pedal minyak dipulas kuat. Motornya berdesup hilang dalam pekat malam. Okey ini bukan malam dah. Jam itu jarum sudah menunjuk ke angka 3. Bermakna sudah pagi la. Sebentar tadi sempat dia menghantar mesej kepada temannya. Mahu berjumpa di tempat biasa. Tempat yang tidak akan lekang dari kehidupan orang sepertinya.





Walau sering tempat itu dilawati. Tidak pernah lagi dia meneguk air yang makin digemari. Tapi kini keadaan berbeza sekali. Walau dulu dirinya tension sehingga tahap hendak bunuh  diri tapi air itu tidak pernah di sentuh walau ramai yang memberi. Dulu paling teruk dia hanya mengambil rokok yang sememangnya amat digemari. Tapi kini dia mahu mencuba mencari. Mencari kebahagian dengan meneguk air kencing syaitan terkutuk ini. Dia mahu melupaka segala kekusutan yang membelenggu diri. Di matanya ini la cara terbaik yang di jumpai.




Sedang dia asyik berhibur dengan rakannya, dia terasa bahunya ditepuk perlahan. Kepalanya di pusing. Mahu melihat empunya diri. Matanya bagaikan terjolol keluar bila melihat yang menyapanya bukanlah sebarangan orang. Jika mahu dikartunkan anda boleh la membayang kartun yang matanya terkeluar dari soket bersam mulut ternganga yang rahangnya jatuh sampai ke lutut.



“B .. b b b boss..”
“Hurm kau rei kan?”
Kepala dianggukkan tanda mengia. Rei. Itulah nama panggilan yang sering digunakan. Semua yang mengenalinya memanggil dia dengan nama itu kecuali keluarganya.




“Aku dengar kau kena tahan hari ni. Tapi aku dapat tau kau ni banyak jugak bagi sumbangan kat geng aku. Sebagai hadiah aku bagi ni kat kau”



Tapak tangan bosnya direnung.



“Ambik la. Anggap benda ni hadiah buat kau. 101. Kau jangan silap bilik pulak. Buat naya ja nanti. Hahaha.”




Bergetar tangan aku mengambil kunci tersebut. Nama hotel tertera di keychain yang diletakkan bersama dengan kunci tersebut. Bukan calang-calang hotel bai. Fuh ni mesti syok gila nih. Kakinya laju melangkah ke luar. Sudah tidak sabar mahu kebilik itu. Mahu landing sedap dia malam ni. Tambah di temani oleh wanita yang mungkin perempuan bosnya. Kisah apa. Sekarang yang dia tahu cume enjoy.




Kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu. Aik. Awat tak ada bunyi. Pintu ni tak kunci ka? Dia nak alu-alukan aku la ni. Sengih kerang tersungging di bibir. Dia melangkah masuk tanpa menyedari nombor yang tertera bukannya 101. Matanya berbalam. Dunianya pusing. Di dalam dunianya hanya ada keseronokkan. Dia sudah tidak nampak apa yang betul ataupun tidak. Yang dia tahu dia mahu melayari malam yang indaah ini bersama gadis yang mungkin bukan perawan lagi.

cerpen : kosong

Dia berjalan. Meredah pekat malam. Langit berbintang gua renung tenang. Okey tipu. Takdak bintang pun. Yang ada Cuma hitam kelam. Dia terfikir. Apakah ini dugaan? Keinginan dia untuk merenung langit berbintang dibuang. Yang diberi pula Cuma langit yang berwarna hitam. Sudah-sudahla. Berapa banyak lagi dugaan yang perlu aku tanggung? Berapa banyak lagi dugaan yang perlu aku hadap? Aku mintak nak tengok langit berbintang pun kena tendang. Apanya? Apa Kau cemburu nak tengok aku hidup senang? Lelah sudah hidupnya. Dengan kehidupan yang tiada makna. Bukan tak dicuba untuk berubah tapi kerja yang tiada hasilnya untuk apa diteruskan juga.


Rokok sebatang dicapai kasar. Pemetik api dinyala terang. Asap berkepul dibiar terbang. Direnungnya asap yang makin menghilang. Apakah begini warnanya kebahagiaan? Otaknya kembali memutar kebelakang. Menayang detik bahagia yang menghilang.


Jika dilihat dari luar kehidupan aku tampak sempurna. Punya keluarga yang bahagia. Punya handphone yang berjenama. Walau keluarga tak sekaya mana tapi bahagia tetap ada. Itu yang dia sangka. Tapi rupanya bahagia mereka Cuma berpura. Disebalik senyumannya terlindung seribu tangisan. Disebalik kemesraan mereka terlindung seribu pergaduhan. Tidak dia sangka semuanya hanya lakonan. Yang kini hanya tinggal kenangan. Huh. Keluhan berat dilepaskan. Rokok yang berada di tangan ku sedut dalam. Hembusan asap berkepul-kepul ku hembuskan.

Tiba-tiba telefon bimbit kesayanganku berbunyi. Mendendangkan lagu iron maiden yang merupakan band kegemaran. Skrin telefon dilihat sebelum jari laju menekan butang.

“Hello?”
“Wei bro kau kat mana ni? Balik sini la bai. Ada lauk baru nih.”
“Herm okay. Lima minit lagi wa sampai.”

Butang merah ditekan kuat. Tapak kaki di angkat pelan.Matanya merenung kosong sambil kaki menapak menuju ke motor yang diletak di pinggir jalan. Pedal minyak Kawasaki KLR 650 dipulas kasar. Meraum bunyinya menggegar dunia. Seolah mahu memberitahu si mangsa supaya bersedia. Senyuman tersungging di bibir. Teringatkan kedaan mengsa terbarunya yang dikerjakan hingga separuh nyawa. Well, lu langsi lu mati. Pedal minyak dipulas lagi. Kali ini motornya turut berdesup pergi. Laju seolah mengerti akan perasan lauk yang menanti. Perasaan marahnya sudah berada di tahap tertinggi. Tambah ada manusia yang berani menganggu kumpulan kesayangannya ini. Rasa tertekan akan keluarga dikumpul di hati. Biar lepas bila tangan bertemu muka nanti.








-bakal bersambung jika idea keluar melambung-

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...