Wednesday, January 4, 2017

kosong 10

Mesej dari Rei dipandang sepi. Apa patut aku buat ni. We’re married right, aren’t we? Nak reply ke tak?

Ok. Safe journey.

Senyum pahit diukir. Mungkin ni apa yang kita perlukan sekarang, a little distance to cool down. Tapi UK weh, UK. Are you going to be okay Ain? Haha, surely not. Bulan dilangit ditenung sayu.

“Ain, buat apa lagi tu?” Opah menegur dari pintu.

“Takbuat apa pun Opah.” Ain bangun dari tangga rumah kayu yang seusia dengan Opahnya.

“Opah nak kunci pintu ni.”

“Eh, takpa la, biar Ain kuncikan.” Pintu kayu ditarik. Belum sempat diselak terdengar bunyi kereta di halaman. Jiran sebelah mungkin.

“Assalamualaikum.” Sahut tetamu yang disangka jiran sebelah. Ain melihat keluar dari tingkap. Langkah berjaga-jaga risau yang memberi salam tu kawaq. Zaman sekarang ni macam-macam cara orang buat nak menyamun. Rei. Rei? Apa dia buat kat sini?

“Sapa mai tu Ain?” Kedengaran Opah bertanya dari jauh.

“Rei, Opah.” Ain menyahut.

“Rei? Rei mana pulak ni?”

“Suami Ain.” 

“La laki hang ka. Bukak la pintu tu awat dok tercongak lagi tu.” Opah menyuruh dari ruang tamu.

“Haa, sat sat.” Lincah Ain membuka pintu. Rei yang berdiri di bawah rumah ditenung. Dia dating sini buat apa? Omigod, happynya. Senyuman Ain tak dapat dibendung. Dia dating nak jumpa aku ka? Why? I’m so damned happy right now.

“Ha, Rei jemput naik rumah.” Opah menegur dari belakang.

“Eh, takpela opah, nak jumpa Ain kejap je.” Rei menolak.

“Sapa datang tengah-tengha malam ni Opah?” Am jenguk muka. “La hang ka. Mai naik.” Am memanggil.

“Eh, takpela Am, nak jumpa Ain ..”


“Naik sekarang.” Tegas suara Am. Alamak dah keluar dictator. Rei melangkah tanpa rela.

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...