Thursday, January 26, 2012

andai ini keadaannya biarlah aku membujang selamnya.


“Mana hang belajar kurang ajar macam ni? Ni ikut perangai tak elok mak hang la ni!” Tangan yang memegang sudu berisi garam dibawa ke sinki.

“Banyak ni ka mak?”

“Ha tengok tu! Orang cakap dia boleh buat tak tau. Mak hang la dok ajar budak-budak ni perangai tak elok!” bekas berisi garam kasar ditutup. Kaki dibawa melangkah keluar. Mahu lari dari dunia petengkaran yang direka oleh ayahnya.

Sambil kaki nya belari otaknya ligat menjawab.
“Ayah, mak tak pernah ajar kami semua perangai ni tapi ayah yang dok ajar. Macam mana kami nak hormat kat orang yang tak reti hormat orang macam ayah? Cikgu kami ajar kat sekolah kalau nak orang hormat kita kita kena la hormat orang dulu. Kan?” Kaki terus melangkah.


“Haa lagi satu. Mi dah muak tengok ayah sumpah seranah mak. Kata yang Ina kena kencing manis pasal mak. Ayah, apa yang Allah bagi bukan bala tapi ujian. Ujian tu pulak nak tunjuk yang dia sayang kita. Apa ustaz ayah tak pernah ajar kat sekolah?
So jangan dok kata yang dugaan Allah bagi ni satu bala malapetaka. Sakit telinga Mi dengar bila ayah dok kutuk anugerah yang Allah bagi dekat family ni termasuk Mi.” Hujung mulut ternaik. Tersenyum sinis apabila membayang tindakan ayahnya jika benda ni yang terkeluar dari mulut time ayah dok menghamun tadi. Confirm seconfirmnya yang ayah akan balun dia tang tu jugak. Balun? Ayah balun dia lari dari rumah. Pi dok dengan Mak Su kat lorong sebelah. Habis story.

Tapi bila terfikir akan position mak sekarang membuatkan mulutnya terkunci. Jika disuarakan rasa hati yang memang ayat keluar dalam versi kurang ajar suda pasti baran ayah mendidih. Dah panas nanti mak pulak yang melecur teruk. Bila ayah frust mak la target first. Perasaan kesian kat mak membuatkan dia lari. Lari kerana takut suara hati bakal terbongkar lalu membuatkangempa bumi yang berskala ritcher 10 ketas terjadi.

                                               
               *                                             *                                             *


Air mata dikesat kasar. Makin dikesat makin banyak ia melimpah keluar. Sudah la. Dah naik pedih matanya menangis. Mata yang masih berkaca dihalakan ke tikar sejadah. Ya Allah, berilah petunjuk kat ayah Ya Allah. Jangan biarkan emak diperlakukan begitu Ya Allah. Dari emak dia belajar erti kesabaran. Dari emak dia belajar nilai kasih sayang. Dari emak dia belajar menghargai. Dari emak dia belajar menghormati seorang insane bergelar ayah.


Tapi dari ayah dia belajar bahawa perempuan sepatutnya mengikut semua yang disuruh suami. Kata-kata suami seolah perintah Allah yang wajib dituruti. Dari ayah juga dia belajar bahawa ego lelaki amatlah tinggi. Takkan bias runtuh walau sudah dikalahkan teruk. Bila tiada fakta yang mampu digunakan untuk berlawan agama digunakan. Mengatakan bahawa tingkah emak yang menasihati itu adalah melawan perintah si suami.

Ayah bercakap fasih agama. Tapi. Bila emak membuat kesalahan dicerca pula. Bukannya mahu membetulkan. Bukankah seorang suami patut melengkapi kelemahan isteri? Membetulkan apa yang perlu dan menyempurnakan apa yang kurang. Tapi ayah hanya memerli apabila emak melakukan kesilapan. Bukannya mehu menunjukkan cara yang betul untuk dilakukan. Apakah ini tugasnya suami? Apakah ini tugasnya ayah? Mengajarkan sesuatu yang tidak patut ditunjukkan?


Bukankah rasulullah melayan isterinya dengan lemah lembut? Mengapa ayah berkasar dengan emak? Ayah, moga hidayah dari Allah akan dating sebelum emak pergi meninggalkan engkau. Andai saat emak sudah tiada, sudah pasti terlambat untuk kau memohon kemaafannya.

Ayah, sayangilah emak kerana hanya emak yang paling memahami dirimu. Hanya emak yang sanggup menghadapi sifat panas baranmu. Bukannya anakmu yang hanya mahu berjaya di samping keluarganya sendiri. Bukannya nenek yang menanti panggilan dari ilahi untuk bersama suami tercinta. Bukan ayah. Hanya emak yang sanggup menemanimu selamanya. Hanya emak yang waktunya hamper dengan kau. Hanya emak yang mampu menjadi bidadari yang menemanimu disyurga kelak.

Bukannya harta yang kau katakan tidak akan menjadi milik emak andai kau tiada. Tanpa harta kebahagiaan masih menjelma. Dengan harta kebahagiaan itu bertambah sepatutnya. Tapi kau telah merosak segalanya. Hingga barang dapur pun kau gunakan duit emak yang tidak seberapa. Dimana tanggungjawab kau untuk member nafkah kepada emak dan kami semua? Mahu mengharap duit emak yang tidak sebanyak mana? Sampai bila? Sehingga emak berhenti mengerahkan tulang empat keratnya? Itupun jika dia sempat berhenti sebelum dijemput pergi.





Ayah, hartamu tidak ada nilai tanpa kasih sayang yang emak dan kami inginkan darimu ayah.

3 comments:

ili wanie said...

sedihnya.. orang yang tabah disayangi Allah.. :)

LianaLavista said...

this post memang sedih :(

syamimi ishak said...

thanks T^T
aku syg hampa <3

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...