Saturday, September 15, 2012

fate


Best kan kalau orang yang kita suka suka kita balik. Lagi best kalau dia sweet sangat. Macam hero korea ka. Waaa. Tinggi betul angan-angan.

But still. Sebagai perempuan tipu la kalau aku cakap aku tak minat sesiapa kan. Paling-paling pun mesti minat Min Ho. Kalau paras otaku pun mesti ada jugak watak komik yang dia minat. Betul tak?

Macam tu jugak aku. Pilihan buat aku tercampak kat sekolah ni. Sekolah yang aku tak pernah tahu yang dia wujud. Takdir yang buat aku pilih sekolah ni. After all segalanya dah ditetapkan kan.

Dari first day aku tukar sekolah aku mula cari target. Someone yang bila aku tengok dia segala kekusutan aku akan hilang. Setengah tahun aku cari tapi dia tak muncul jugak. Entah dah kali ke berapa aku dok usha budak laki sampai aku dah tak reti segan dah. Tahap kritikal kan.


Tapi hari tu segalanya berubah. Dia yang aku tak pernah sear pun ada tiba-tiba jadi bercahaya. Semuanya sebab cubaan dia nak tengok name tag aku. Maybe la dia tengok aku. Well aku pernah naik satu teksi dengan dia tapi time tu aku tak ‘tersuka’ kat dia lagi. Tapi sekarang, mana-mana aku pergi mesti mata aku akan cari baying dia dulu. Kalau dapat tengok dia senyum memang aku rasa macam dapat emas seketul. Tahap kritikal doe!

Satu hari, aku bagitau dia yang aku minat dia. Err tak la straight to the point cakap “Wei aku minat kau.” It’s just a hint. Delivery by my class. OMG sweet tak? Tapi, aku tak tahu la yang dia tahu yang hantar tu aku or someone else. But, aku perasan yang dia ada jugak usha aku. Maybe aku cuma perasan je kot. Lepas ni aku takkan jumpa dia dah. Dia dah habis sekolah. Waaaa. Sadis tahap gaban arr.

*

“Along! Cepat la! Nanti lambat sampai sana!” jeritan mak buat aku terkocoh-kocoh pinkan tudung aku. Senget benget tudung bawal tu aku hiraukan. Aku lagi sanggup burukkan muka aku dari tadah telinga dengar mak beleter. Kalau murai dengar mak aku beleter mesti dia letak jawatan jadi burung paling bising la!

“Baju semua cukup dah?” mak bertanya sebelum kami bertolak.


“Dah.”


“Dompet?” mak aku memang teliti. Kenal benar dengan  perangai anak dia yang suka tinggal barang.


“Dah. Semua along dah bawa la mak.” Potong aku sebelum mak tanya list barang yang selalu aku lupa.


“Herm.. kalau tinggal apa-apa tak patah balik dah tau.”


*****


“Along mai sini. Tengok kak cik hang ni. Cun benor.” Mak melambai tangan dari bilik pengantin.
Laju aku berjalan. Mesti la semangat nak tengok hasil tangan mak andam. First time aku joined kenduri kahwin dengan sedara rapat aku.


“Cantiknya.” Kak cik senyum lebar. Kembangla bila kena puji.


“Pengantin lelaki dah sampai!” tiba-tiba aku dengar orang jerit dari bawah. Cepat-cepat aku pergi tingkap. Nak usha jugak bakal bang cik aku. Bang cik ori dari Selangor.


“Haip. Meh turun cepat. Sambut tetamu.” mak laying tangan kat bahu aku. Tampar-tampar manja.
“Ye la. Ye la.” Balas aku malas. Tak dan nak usha lama-lama.


“Mak nanti kita makan sekali ngan kak cik ka?” tanya aku teruja.


“Ha la.”


“Yeay!” sorak aku perlahan. First time dapat makan semeja dengan pengantin.


Sedang aku berjalan kea rah rombongan pengantin lelaki mata aku terscan someone. Aku kecikkan mata sebab muka dia blur ja kat pandangan aku.


“Hok!” mulut aku jadi ‘O’ bila aku kenal pasti manusia yang aku rasa aku kenal tu.


OMG. Macam mana dia boleh ada kat sini? Crush aku waktu zaman sekolah dulu! Makin hensem.


“Mak, tu adik beradik dia ka?” laju aku siku mak kat sebelah.


“Ha la kot. Tak pun sedara dia la tu.”


Mata aku terkerling-kerling kat dia. Tak sampai sebulan cuti sekolah aku dapat jumpa dia balik. Adakah ni yang orang kata jodoh? Waaaa. Bahagianya hati aku.


Dalam aku dok usha dia aku terperasan yang muka dia pun berubah bila nampak aku. Tapi aku tak tau nak kategorikan riak muka dia tu dalam kategori apa. But seriously, taman bunga dalam hati aku dah berbunga balik.



*****



Majlis perkahwinan kak cik aku dah tamat. Letih aku berlari ke sana kemari. Semua orang tau nama aku sorang ja. Nama adik-adik aku tak dak pulak kena panggil. Haish. Tapi dalam lelah pun aku gembira. Boleh tengok dia. Mak serius anak mak ni memang dah angau tahap gaban.


“ Hang nak makan pi la ambik.” Tegur angah yang sedang pegang sepinggan nasi.


“Owh okay.” Laju aku pergi ke tempat makanan dihidangkan sebab perut aku dah berdondang sayang.


Dah sudah ambil makanan aku atur langkah ke buain double kat tepi rumah. Makan time ambik angin best jugak nih. Cepat-cepat aku duduk sebab perut aku memang dah ternanti-nanti makanan yang aku ambik tadi.


Sedang aku asyik dok makan ada pulak suara sumbang tegur aku.


“Saya nak duduk sekali boleh?” suara garau tu bertanya.


“Hurm dok la.” Aku jawab dengan mulut yang penuh dengan nasi. Laju aku angkat kepala nak tengok gerangan manusia yang tak reti nak bagi salam dulu sebelum bertanya. And aku rasa macam nak tercekik bila aku tengok orang yang duduk dekat buaian depan aku tu ialah dia.


Ya Allah dugaan apa ni? Macam mana aku nak makan dengan aman?


“Err, thanks untuk delivery tu. And nice la awat buat nama saya tu. Thanks.” Owh. Cair aku tengok senyuman dia yang sama cerah dengan lampu raya kat rumah wan.


“Benda kecik ja.” Aku senyum plastik. Kekoknya bila cakap dengan orang yang kita suka! Serius muka aku dah rasa macam kena panggang ja.

No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...