Thursday, August 26, 2010

i'm so bored....so i write a story~READ THIS!!!

"PANG!"satu tamparan hinggap di pipi Sofi.
"Dasar anak tak kenang budi!Aku bela kau elok-elok sekarang kau malukan aku pulak ya!Kau tau tak sebabkan kau aku dapat malu!Habis kau jaja cerita pasal aku sampai satu kampung ya!kau dengan mak kau tu sama ja!"Ayahnya merengus.
"Abang...maafkan saya bang...salah saya bang..saya yang terlepas cakap..abang jangan pukul Sofi bang..dia tak tau apa bang...saya yang cakap bang..bukan dia bukan Sofi.."Kata ibu,cuba mempertahankan dirinya.
"Oooo!!Jadi kau punya kerja la!Kau tau tak sebabkn mulut kau dengan anak kau tu nama aku busuk!Mana aku nak letak muka?Dahla jaja cerita pasal aku!Dahtu dok main kayu tiga pulak kat belakang aku!Kau memang betina tak guna!"Jerit ayahnya sambil melibas ibunya dengan tali pinggang.
"Bang!Ampunkan saya bang..saya tak pernah main kayu tiga belakang abang!Saya setia dekat abang sorang je bang..saya tak pernah curang bang!"Ibunya merintih sambil menangis.Sofi yang ketika itu baru berumur 3 tahun hanya mampu meliahat ibunya dipukul dan diherdik oleh ayah kandungnya sendiri.
"Sudah!Aku nak duit!Mana duit?!Mana?!Cepat bagi dekat aku!"
"Abang..saya dah tak ada duit dah bang..Sofi kena bagi makan bang..tu nak kirim duit dekat mak lagi..kalau tak nanti mak nak makan apa?Mak dah tua bang..Abang jangan la pergi berjudi lagi bang...Abang berubahla.."
"Ahh!!Kau diam!Aku nak duitla!Bukannya nak dengar kau beleter!Aku nak duit kau paham tak?!Duit!"Ayahnya memperosek laci-laci baju dengan rakus.Habis baju-baju disepahkannya.
"Hah!Jumpa!"Dia mengambil wang yang ditemuinya lalu berlalu.
"Abang jangan bang!"Ibu menghalang ayah pergi.
"Ahh!Kau ni sebok je!"Ayah menolak kasar ibu.Ibu terjatuh.
"Bukk!"Kelihatan darah pekat mengalir dari kepala ibu.Ayah berlalu pergi dengan wang yang dirampasnya.Dia ketawa."Hahahaha!kau memang perempuan tak guna!Memang bagus kalau kau mati!"

* * *

No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...