Thursday, November 24, 2011

cerpen : kosong

Dia berjalan. Meredah pekat malam. Langit berbintang gua renung tenang. Okey tipu. Takdak bintang pun. Yang ada Cuma hitam kelam. Dia terfikir. Apakah ini dugaan? Keinginan dia untuk merenung langit berbintang dibuang. Yang diberi pula Cuma langit yang berwarna hitam. Sudah-sudahla. Berapa banyak lagi dugaan yang perlu aku tanggung? Berapa banyak lagi dugaan yang perlu aku hadap? Aku mintak nak tengok langit berbintang pun kena tendang. Apanya? Apa Kau cemburu nak tengok aku hidup senang? Lelah sudah hidupnya. Dengan kehidupan yang tiada makna. Bukan tak dicuba untuk berubah tapi kerja yang tiada hasilnya untuk apa diteruskan juga.


Rokok sebatang dicapai kasar. Pemetik api dinyala terang. Asap berkepul dibiar terbang. Direnungnya asap yang makin menghilang. Apakah begini warnanya kebahagiaan? Otaknya kembali memutar kebelakang. Menayang detik bahagia yang menghilang.


Jika dilihat dari luar kehidupan aku tampak sempurna. Punya keluarga yang bahagia. Punya handphone yang berjenama. Walau keluarga tak sekaya mana tapi bahagia tetap ada. Itu yang dia sangka. Tapi rupanya bahagia mereka Cuma berpura. Disebalik senyumannya terlindung seribu tangisan. Disebalik kemesraan mereka terlindung seribu pergaduhan. Tidak dia sangka semuanya hanya lakonan. Yang kini hanya tinggal kenangan. Huh. Keluhan berat dilepaskan. Rokok yang berada di tangan ku sedut dalam. Hembusan asap berkepul-kepul ku hembuskan.

Tiba-tiba telefon bimbit kesayanganku berbunyi. Mendendangkan lagu iron maiden yang merupakan band kegemaran. Skrin telefon dilihat sebelum jari laju menekan butang.

“Hello?”
“Wei bro kau kat mana ni? Balik sini la bai. Ada lauk baru nih.”
“Herm okay. Lima minit lagi wa sampai.”

Butang merah ditekan kuat. Tapak kaki di angkat pelan.Matanya merenung kosong sambil kaki menapak menuju ke motor yang diletak di pinggir jalan. Pedal minyak Kawasaki KLR 650 dipulas kasar. Meraum bunyinya menggegar dunia. Seolah mahu memberitahu si mangsa supaya bersedia. Senyuman tersungging di bibir. Teringatkan kedaan mengsa terbarunya yang dikerjakan hingga separuh nyawa. Well, lu langsi lu mati. Pedal minyak dipulas lagi. Kali ini motornya turut berdesup pergi. Laju seolah mengerti akan perasan lauk yang menanti. Perasaan marahnya sudah berada di tahap tertinggi. Tambah ada manusia yang berani menganggu kumpulan kesayangannya ini. Rasa tertekan akan keluarga dikumpul di hati. Biar lepas bila tangan bertemu muka nanti.








-bakal bersambung jika idea keluar melambung-

3 comments:

w said...

kebanyakan hari ni ko punya post banyak perkataan 'rokok'.. addict sgt dengan video matlutfi ekk?? hehehe.. just comment.. peace (Y)

syamimi ishak said...

agak la :D

syamimi ishak said...

@ili wanie ili ~

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...