hidup
kita selalu mengharapkan hidup itu cantik
kita selalu mengharapkan hidup itu indah
tapi
dalam kita dok mengharapkan segala keindahan tanpa sedar kita yang memburukkan
bila semua sudah tidak seindah yang disangka
kita menyalahkan Dia
mengatakan bahawa Dia tidak adil
memberi dugaan kepada kita yang tidak berdosa
tika kita menyalahkan dia
kita terlupa akan janji-Nya
terlupa yang setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya
mungkin bagi kita tiada dosa yang kita lakukan
tiada kesilapan yang kita wujudkan
tapi
kita lupa sebenarnya
bahawa tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan
cuba kita renungkan
mungkin dugaan yang diberi untuk menghapuskan dosa kecil yang telah kita lakukan
atau mungkin untuk memberi hidayah agar kita kembali ke pangkal jalan
mungkin juga untuk menjadikan masa depan kita lebih indah dari sekarang
Dia tahu segalanya
tiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya
tiada satupun yang dijadikanNya tidak bermakna
tiap satu pasti ada yang tersirat di sebaliknya
tika kita keseorangan jangan kita lupa bahawa Dia berada di samping kita
Dia lah yang paling hampir dengan kita
yang dapat mendengar setiap yang kita kata
biarpun yang tersembunyi di dasar hati yang tidak dapat didengar oleh manusia
jadi
janganlah kita asyik menyalahkan
tanpa mencari di mana kesilapan
tanpa berfikir akan kebaikan
setiap kejadian yang telah dijadikan
kerana ribut
munculnya pelangi
tanpa serabut
tidak bewarnalah kehidupan ini
kadang dugaan yang diberi adalah untuk menguji
kelayakan untuk dinaikkan pangkat di sisi Dia yang menanti
untuk bertemu di syurga nanti
so then
be happy
smile always
- senyum itu sedekah -
kuatkan diri
untuk menghadapi
segala ujian yang diberi
2 comments:
mimi,terbaik post hang! :)
wah terima kasih * gaya alleycats *
hang punya post pun terbaik gak dowh :D
Post a Comment