Wednesday, December 14, 2011

hidayah

Hidayah. Hidayah tu merupakan petunjuk dari-Nya kan. Dalam dasar lubuk kolam hatiku yang serba merah dan ungu ni aku teringin sangat nak dapat hidayah. Ala yang mimpi tu. Yang bila kita tengok dalam drama ada sorang watak jahat yang tiba-tiba mimpi siksa kubur atau siksaan neraka lepas tu terus jadi baik tu. Korang teringin tak? Aku memang teringin tahap mengidam dah. Tapi walau berkali-kali aku doa supaya dapat mimpi macam tu tak pernah sekali pun benda tu muncul.




Sampai akhirnya aku pun naik fed-up sampai terus buat tak tahu kat Dia. Aku sedar benda ni salah tapi perasaan amarah ditambah dengan minyak petrol ciptaan syaitan menyebabkan badan aku tidak mendengar kata. Enggan melakukan apa yang otak ku fikir betul dan terus leka dengan hal duniawi.



Begitulah keadaan diri aku yang memang dasar teruk gila hingga bila di suruh solat oleh ibuku pun aku buat tak tahu. Aku lebih rela menghabiskan masaku dengan lappy kesayangan. Masaku dicurahkan sepenuhnya kepada Facebook, twitter, tumbler, blog dan segala macam website yang wujud dalam laman internet tanpa sempadan yang di usahakan oleh celcom.



Ketika aku sedang enak bekskiping dari blog ke blog, aku terjumpa satu blog yang banyak mengupdate tentang isu berkaitan dengan Islam. Tangan aku yang dulu tak reti bahasa automatic menggerakkan button dan mengklik ke post post yang ada. Boleh dikatakan kebanyakan post dia aku dah baca. Semua menceritakan tentang kehebatan Islam. Dan juga keajaiban dunia yang tak pernah aku terpikir nak Tanya kat MR. Google. Benda ni buat aku fikir balik. Worth ke apa yang aku buat sekarang ni. Buat tak tahu kat Dia seolah-olah Dia akan perasan aku bila aku buat don’t know macam tu. Tak berbaloi kan. Ramai lagi manusia yang sayang Dia lebih dari aku. so mesti Dia sayang diorang balik. Then tak boleh ke kau pergi solat sekarang?



Walaupun otak aku dok cakap macam tu tapi ada je ayat yang kedengaran kat telinga aku melawan. Sampai malam tu aku nak tidur pun tak boleh. Benda tu macam dok bergema dalam kepala aku. Seolah macam ada suara yang dok suruh aku buat U-turn patah balik pi kat jalan yang sebenar-benarnya. Sampai la azan subuh berkumandang. Bila dengar azan tu terus ja hati aku rasa semacam.




Then automatic badan aku bergerak. Kaki aku selamba berjalan menuju ke toilet. Selesai semua terus terbit rasa nak solat yang membuak-buak. Rasa macam nak jumpa someone yang aku rindu. Pelikkan. But maybe ni petunjuk yang Dia bagi dekat aku. Dia tau aku ni pengecut walaupun suka tengok cerita hantu tapi last-last hantu tu yang tengok aku. So then Dia decide untuk bagi aku this kind of hidayah.





Hidayah yang aku tak perasan. Seolah nak menunjukkan bahawa Dia sentiasa ada walaupun diam.

No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...