Saturday, March 10, 2012

kosong 7


Malam ni abang tumpang rumah Ain. Esok abang kena turun site dekat Penang.

Air liur di anak tekak rasa berpasir bila terbaca mesej abangnya itu. Dah la rumah macam tongkan sebab ada perang dingin. Perang yang menyebabkan dia tak hingin sentuh hidup lelaki tu langsung. Conclusion, dari perang tu is rumah dia macam tongkang.


Habislah. Habislah. Macam mana ni. Telefon bimbit ditangan dikerling. Harini Rei cuti. Tapi takkan nak mintak tolong dia kot. Malu la. Ain kau nak kena dengan big bro sekali lagi or nak hidup aman bahagia?

Telefon bimbit dimasukkan kembali ke dalam beg. Lantak la apa nak jadi. Setiap kejadian ada hikmahnya. Kan?



********


Bunyi loceng kedengaran bergema kuat membuatkan Rei tersentak. Dok sedap-sedap tidur ada pulak makhluk yang mengacau. Hai, manusia manalah yang mai rumah aku tengah-tengah petang nih? Takkan Ain kut? Dia tu masuk rumah jerit bagi salam kuat-kuat ada la.



“Kejap, kejap!” Jerit Rei sambil melangkah laju ke pintu utama.


Tangan laju membuka pintu. “Haa. Nak apa?” dengan mata tertutup dia bertanya. Baru bangun tidur la katakan.


“Err. Rei? Petang-petang pun tidur ke? Tau tak tidur petang tu tak elok?” Macam kenal je suara ni tapi dimana ya?


Mata dibukak perlahan. Tergamam dia bila terlihat biasan cahaya dari susuk tubuh di hadapannya.


“Err.. Jemputlah masuk.” Laju dia member laluan. “Rumah semak sikit. Sibuk sampai tak sempat nak kemas.”


Aim melangkah masuk. Pandangan yang tadi ditala kehadapan menyorot ke muka Rei yang tersengih.


“Ada perang dunia ketiga ka?” Kening Aim terangkat. Ain, Ain. Perangai tak berubah.


“Err. . sebenarnya. .” belum sempat Rei habis berkata Aim mencantas.


“ Whole story please.” Rei menelan saliva. Habis hikayat Hang Rumah Tuah aku kena selongkar. Banyak folder pulak nak kena reopen. Haish.


******



Bunyi lagu 1928 - Soldier of Allah menyentak Ain yang tekun memandu. Laju tangan beralih dari stering kereta ke telefon di sebelah.


“Hello. Assalamualaikum.”


“Waalaikumussalam.” Erk. Suara abang de. Habisla. “Ain kat mana?” Tenang Aim bertanya.


“Tengah drive.”


“Cepat sikit. We’re waiting.” Memang habis la kau wqahai taik telinga oii. Balik nanti bakal di wash. “By the way. Where’s dinner?” Tak sempat balik dah kena basuh daa.

2 comments:

IAMZAILIEN said...

nak tanya dik ni copy paste atau memang tengah buat novel bersiri

syamimi ishak said...

buat sendiri :D

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...