Sunday, November 27, 2011

kenapa?

lumrah hidup manusia, ada naik dan turun. seperti saham bursa Malaysia yang tidak selamanya kekal di atas begitu juga roda kereta yang perpusing. ada kalanya terasa sakit terkena tar adakalanya berangin enak di atas sekali. begitu jugalah hidup. naik turun dalam kehidupan menunjukkan kita hidup. jangan bimbang jika kita terasa peceh kepala disebabkan masalah yang menimpa kerana itu menunjukkan kita hidup.




lumrah juga bagi kanak-kanak ribena seperti aku mempunyai sifat ingin tahu. 




kadang kita bertanya. kenapa aku yang kena semua masalah ni? aku tak buat apa yang aku rasa salah. ramai lagi orang jahat kat luar sana tapi kenapa aku yang dapat ujian ni? kenapa hidup aku malang sangat? mesti korang pernah menghadapi situasi ni kan? walau semuda mana kau kau pasti pernah diduga. contoh, korang tak siap kerja rumah. cikgu marah kena pukul. ada korang pergi pukul balik cikgu tu? tak kan. kat sini korang diuji tahap kesabaran korang. diuji supaya korang akan jadi orang yang lagi baik dengan menghantar homework korang sebab takut kena rotan lagi. nampak tak point dia?





begitu juga hidup. kita takkan diuji andai kita tidak disayangi. sepanjang aku masih hidup aku banyak minta agar Dia beri aku ujian. sebab aku tak mau leka. walau seketika. sebab seketika tu sudah cukup untuk syaitan mendapat tempat balik kat hati aku. tanpa ujian aku akan menjadi alpa. lupa. lupa akan tujuan aku dilahirkan. 




kita dimarahi kerna disayangi. begitu juga bila diuji. bila kita susah kita akan ingat kepada dia. saat itu baru kita sedar langit tinggi atau rendah. yang berbeza cuma cara kita menyambut ujian itu. ada yang menyambutnya dengan kempali kepangkal jalan. tak kurang juga yang memaki hamun memarahi menanyai mengapa ujian itu diberi. dia terlalu tidak memahami  dan tak puas hati. kerana kehidupannya yang senang dahulu telah diambil kembali.






-renung-renungkan dan selamat beramal-

No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...