Monday, November 28, 2011

hidup




This is what life mean to me
i'll ride this car



and walk this path



Kehidupan umpama perjalanan. Setiap persimpangan yang kita ambil mengandungi seribu pemandangan. Kita takkan tahu panorama di jalan itu cantik atau tidak. Kadang kita mendengar dari angin yang bermulut, mengatakan bahawa dipenghujung jalan ini ada sebuah taman yang indah. Atau mungkin mengatakan bahawa jalan itu dipenuhi dengan tumbuhan berduri. Then of course korang ambil jalan yang cun tu kan. Tak ada orang yang nak hidup dia dipenuhi duri. Tak ada. Kalau ada memang aku tabik la. Sanggup ambik risiko untuk bakal jadi ahli tanjung rambutan.



Selalu kehidupan kita dipengaruhi oleh orang sekeliling. Tambah-tambah ibu bapa atau orang dewasa. Mereka terlebih dahulu makan garam. Terlebih dahulu senior dari kita. Jadi sekali sekala mereka merasa keputusan yang mereka buat kita ambil adalah yang terbaik. Sedangkang pandangan kita berbeza. Setiap orang mempunyai pandangan sendiri. Kadang serupa kadang berbeza.


 Sebab itulah perbincangan diadakan. Kerana itulah pertandingan debat diwujudkan. Supaya kita mampu mengambil keputusan yang terbaik. Supaya kita mampu memilih jalan yang kita rasa terbaik. Mungkin jalan itu tidak dipenuhi dengan bunga tapi dugaan yang dihadapi kurang sedekit dari jalan yang dihiasi taman bunga tadi. Contohnya, murid A memilih kos kedoktoran kerana ingin menjadi doktor yang mendapat gaji yang banyak. Murid B pula memilih sains komputer walau kerjanya belum pasti. Dan sudah tentu la murid A perlu lebih banyak menghafal dan membaca bukan. Begitu juga dengan praktikal. Nampak perbezaannya?



Kepada para dewasa di luar sana. Bagilah kami chance untuk pilih masa depan kami. Jangan dok pi paksa anak korang ambik kos yang ni kalau dia nak yang nu. Tu masa depan dia. Dia yang akan lagi banyak hadap masalah kat situ dari hampa. Okay maybe hampa pun kena tempias juga but still tu apa yang dia pilih kan? Melainkan kalau anak hampa tu tak ada cita-cita sangat pilihla kat dia. Tapi kalau dia tak suka jangan dok paksa.


Kehidupan merupakan satu proses pembelajaran. You learn from your mistake. Hang buat hang tanggung hang rasa penangan sebab action hang tu. Then hang decide sama ada tindakan hang tu bagi hang penangan yang baik atau buruk kepada diri hang, rakan, ibu bapa dan masyarakat. Don’t act selfishly because that act gave you a really big benefit.



Walaupun begitu, result baik tetap penting. Dalam korang dok buat benda ikut kepala hotak korang jangan dok lupa pi study. Study is not that important but it’s still important to survive in this cruel world. Hang takkan tau apa jenis bala yang tunggu hang kat depan. Like a road, you never know what’s there until you walk it down.


Dalam hang dok jalan pasti hang akan singgah kat ‘R&R’ bukan. Dalam dok singgah jangan jadi leka. Leka sehingga terlupa. Lepas tu mai bala baru nak kalu sini sana. Then dah kena jangan dok buat lagi. Tu nama cari bala sendiri. bila dah kena bala macam tu jangan dok bagi kat orang lain pulak kata itu ini. Lu buat lu tanggung sendiri la bai. Be responsible in your action. Think first before you act. 







- jangan baca saja tapi hadam lumat biar terserap -

No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...