Pada zaman khalifah Umar Al-Khattab dahulu pernah terjadi satu kes kecurian. After all diorang yang hidup zaman tu still manusia macam kita yang ada nafsu kan. Dan pencuri ni mencuri barang yang pasti korang takkan tepikir nak curi. No no bukan diamond or gold tapi pedang milik Umar sendiri. korang bayangkan, betapa beraninya pencuri tersebut untuk mencuri pedang milik seorang lelaki yang paling digeruni. Bila Umar lalu tepi seorang wanita mengandung pun wanita itu akan terbersalin kerana ketakutan. Try bayangkan. Ada seorang manusia yang berani curi dia punya pedang. Aku tabik la kat orang tu.
Bila Umar Al-Khattab perasan yang pedang dia di curi dia ambil tindakan drastik. Ye sangat drastic. Iaitu pergi mencari si pencuri. Dia pun berjalan mengikut tapak kaki yang masih kelihatan dari rumahnya. Dia berjalan dan berjalan sehingga tiba di satu rumah. Lalu secara kebetulan dia ternampak pedangnya yang disembunyikan di dalam rumah tersebut. Lalu dia bertanya kepada pemilik rumah itu adakah dia mencuri pedang tersebut. Kemudiannya lelaki itu menjawab tidak. Disebabkan ini adalah kes mencuri keesokan harinya kes ini dinaikkan di makamah.
Maka keluarlah Umar member keterangan. Disebabkan dia tidak mempunyai 2 orang saksi lelaki atau 4 orang saksi perempuan serta bukti maka hukuman yang termaktub dalam hukum hudud tidak dapat dijalankan. Kemudiannya si hakim bertanya kepada pesalah adakah benar dia mencuri kerana jika mengikut undang-undang hudud seorang pesalah yang mengaku dia bersalah perlulah dihukum. Dan trang tan tang la pesalah tu tak mengaku. Dan disebabkan hal yang demikian Umar telah dijatuhkan hukuman sebatan kerana menyebarkan fitnah oleh kerana ketiadaan bukti dan saksi serta tiada akuan dari si pesalah.
Kalau korang jadi Umar yang merupakan pemerintah time tu mesti korang takkan terima hukuman tu. Tapi Umar Al-Khattab merupakan pemerintah yang adil so dia kata ok, jalankan hukuman tu. Walaupun apa yang dia katakana adalah kebenaran tapi dia kena hukum but still dia tak tarik balik apa yang dia kata sebab itulah kebenaran yang nyata.
Apabila si pesalah dengar yang Umar akan dihukum sedangkan apa yang dikatakan Umar itu adalah benar. Dia jadi serba salah. Kemudiannya dia mengaku bahawa dia yang mencuri pedang Umar.
Kalau kat Malaysia la ada seorang manusia bagi keterangan bahawa aku mencuri tapi tak ada bukti sudah semestinya para polis akan paksa aku mengaku punya lah. Dok provoke dengan ayat-ayat yang membuatkan someone yang tak bersalah terasa bersalah. But dalam Islam tak ada benda tu kan. Islam bukan paksaan. Sebab tu Rasulullah tak pernah paksa orang arab Quraisy yang di tawan di Mekah ketika pembukaan Mekah untuk masuk Islam kan.
p/s : korang berani jadi macam Umar? Walaupun apa yang dia cakap adalah benar tapi kena sebat pulak.
kalau aku semestinya aku akan jerit " saya tak bersalah! Ni tak adil! Bla bla! dan membuatkan pesalah tu
nak kata " padan muka " kat aku. ( kalau aku kena situation macam Umar Al-Khattab la )
No comments:
Post a Comment