Pagi itu terang seperti biasa. Tidur yang lena terhenti di sana. * sila dendangkan lagu bila aku sudah tiada nyanyian Hujan *
Hari itu hari yang indah. Aku menapak turun dari asrama aku yang indah. Ingin mengisi perut yang sudah mula mendendangkan lagu nyanyian P.Ramlee. aku turun seorang diri sedangkan kebanyakkan yang berada di situ berpasangan. Mungkin kerana aku masih baru jadi tiada yang berani menegurku. Aku berjalan dan berjalan. Terasa seolah diriku keseorangan.
Ketika aku sedang berjalan sambil mengelamun, aku tidak sedar bahawa kakiku telah membawaku hingga ke padang sekolah. Sungguh jauh jaraknya dari dewan makan. Tiba-tiba sebiji bola melantun keluar dari padang. Aku hairan kenapa dalam luas-luas padang tu bola tu kena melantun mai kat aku. sipi lagi ja nak kena kepala aku yang sama besar dengan Jimmy Neutron ni. Aku ni adik beradik Albert Einstein tahu. Out of the biru mataku menangkap susuk tubuh seseorang. And he’s a guy. Aku ni bajet pemalu so tunduk je la. Dari hujung mataku aku dapat melihat dia mengambil bola yang berada hamper di kakiku. Kemudian dengan tak disangka dia menyuakan mukanya kebawah di mana pandangan mataku berada lalu berkata “ sorry “ .
Owh! Cair seluruh jiwa ragaku. Termasuk la peti sejuk yang dok bekukan hati aku nih. Sungguh! Dia tak la hensem tapi ad la iras-iras Min Ho dengan Matsumoto Jun. Seriously, ketaq lutut aku melihat senyumnnya yang mempunyai 700 megawat itu! Sungguh terang bersinar! Inikah rasanya jatuh cinta? Indah sungguh.
Setelah peristiwa itu berlalu aku menceritakannya kepada kawan terkarib aku. tapi dia bukan budak sekolah tu. Aku gunakan handphone untuk berkomunikasi dengan dia. After all aku ada otak Jimmy Neutron kan. So gunalah. Buat apa aku biar berhabuk je otak aku ni.
Kawan aku yang merupakan pakar dalam masalah cinta ni tak setuju dengan aku. Dia kata aku jatuh hati dekat mamat tu just sebab aku rasa lonely. And dia kata lagi kalau tak percaya sikit hari lagi mesti hang akan fall for orang lain pulak. Mungkinkah? Adakah ini satu kebenaran? But jantung aku go thump! Bila aku Nampak muka dia. Bukan tu tanda orang jatuh cinta ka? Apa pandangan korang hah? Adakah this is love or not?
No comments:
Post a Comment