Tuesday, December 6, 2011

journey to the center of Jerantut, Pahang!

hello eberybody !

how's your day ?



yeah


setelah beberapa hari aku menyepi kerana di culik ke Pahang kini aku kembali dengan post terbaru !

POM ! POM ! * bunga api *







haha :D ye. aku telah di'kidnap' ke Pahang pada hari Jumaat yang lepas.




mau dengar ceritanya




sini wa mau kasi tahu 





ceritanya begini :





pada satu pagi yang indah. kelihatan burung-burung berterbangan. keluar mencari rezeki. nun jauh di dalam hutan, kelihatan seorang sleeping beauty yang sedang menanti sang putera kayangan. ya. tepat sekali. akulah puteri yang lawa itu. muahahahaha. oops. 


okey sambung cerita balik



ketika dia sedang enak melayari mimpi, dia terdengar derap kaki dari kejauhan. tahulah dia bahawa putera yang dinanti telah tiba. tapi. derap kaki yang sayup itu menjadi jelas. dan yang pasti itu bukan derap kaki manusia. mungkin raksasa. apa?! RAKSASA?! tuan puteri mula gelabah. dia cuba bangun dari tempat pembaringannya tapi belum sempat kakinya menjejak lantai dinding istana indahnya runtuh terlebih dahulu. ketika tuan puteri sedang mengelak dari ditimpa batu dia ternampak muka raksasa yang hodoh itu. eeh eh? muka ayah!


" Pap! Buk!"
" aduhhh!"
" haa. bangun pun. pi siap lekaih. semua orang dah mandi dah. tinggal hang sorang ja. pukul 9 satgi nak jalan pi dah ni."

hurm? jalan ? ooh. lupa pulak. hari ni kena pi Pahang. urgh. malasnya. jam jam. 8.30 . aku bangun. ambik towel. masuk toilet. grugggg. gruggg. splash. keceburr keceburr. haah. lilit tudung. kiri kanan kiri kanan. siap !
turun. buat muka seposen makan. 



mak: hang ni anak dara apa ni? bangun-bangun kerja makan ja. bukan nak tolong mak kemas ka masak ka. haih.
aku: ngap ngap ngap. burp! alhamdulillah. mak, kita naik kereta mana?
mak : pajero.



aku ambik beg. plan nak pi cop tempat dalam pajero tu pastu nak sambung tidoq. dasar anak dara pemalas gila. tak sempat aku nak bukak langkah mak panggil.


mak: ni hang angkut raga apa semua ni sama. jangan dok goyang kaki ja.


aku tayang gigi ja. mak ni macam tau-tau ja anak dara-tak-keperempuanan dia ni pikir apa. disebabkan hari tu nak pi tempat jauh. aku pun tolong. angkat susun susun siap! jom jalan~






jalan punya jalan stuck pulak dekat perak. reason : break ketat sangat. so terpaksa la lepak dulu dekat
 so-not-famous-R&R ni. tunggu encik mechanic datang. tunggu punya tunggu satu jam berlalu. tapi bunyi motor dia pun tak dengar lagi. mak aku dok ajak chau dulu dah. dok kata yang mr. mechanic tu menipu. tapi ayah aku tak mau pi. ayah aku kata 

" satgi dia mai la tu." sand tunggu dengan penuh sabar. cewah. tabik la ayah.


yang aku pulak dok pusing sana pusing sini. cuci mata tengok mamat hensem yang stop kat situ. hehehe -..-




setelah dua jam bermain dengan keboringan akhirnya. akhirnya! mr. mechanic sampai! hip hip hurrrayyy!


lepas tu mr. mechanic pun masuk bawah kereta, pusing kiri kanan kiri kanan and siap! then kita jalan~ 


destinasi seterusnya : R&R Tapah!



sampai kat Tapah kita makan, solat, makan, minum, sembang, makan and jalan.yuuuhuuuuu~ Pahang! here i come~




sempat lagi snap masa otw nak pergi :D






sesampainya kami kat sana matahari dah tak dak. dia dah tidur dah. seriously aku tak sangka yang nak sampai pahang ni nala punya susah. keluar tol sana masuk tol balik. jalan. keluar tol masuk balik. jalan jalan jalan ditemani dengan pokok kelapa sawit jumpa bandar. jalan kona pi Jerantut jumpa kelapa sawit balik. dah la gelap gulita lampu pun jarang jarang ja. seriously pahang tu luas sangat la -,- .





setelah berlama-lama dalam kereta kami tiba di kawasan rumah pengantin. tidur kat homestay. tapi bilik 4 ja so landing la ramai-ramai. sampai-sampai first thing buat mandi then solat then kita serbu rumah pengantin! makan time! yeah! pertama kali aku bukak mulut telan ikan patin masak tempoyak. selama ni aku dok dengar ja tempoyak nu tempoyak ni. bila dah dapat gulai tempoyak real punya tambah dengan sambal belacan fuhh! menjilat jari beb! sedap gila. so kepada sesiapa yang tak pernah rasa silalah rasa. rasa tempoyak tu manis. tapi tak la manis macam gula. 





perut sudah kenyang sekarang tidur time. tapi sebelum tidur layan tv dulu. dok syok tengok tiba-tiba muncul kek kat tengah ruang tamu tu. tingg! magic !



the kek yang tiba-tiba muncul 0.0



rupanya haritu hari jadi witch kecik ni

the birthday girl. nurin namanya 

cute kan ? dialah tiga pupu aku~


then kami pun makan makan dan makan 

nak potong kek ~

makan time

my little bro and sepupu. sedap woo kek tu :D






done makan semua kita tido. that is for the first day.






second day




lagu someone like you- adele nyaring kedengaran di teling membuatkan aku tersentak. ye la dah suara high pitching semacam mau tak tersentak. lepas ni kalau letak lagu tu buat alarm confirm ada chance buat action terjun katil. punat telefon ditekan membuatkan suara yang kedengaran terdiam. dilihat manusia-manusia sebelahnya. semua masih lena. aku pun sambung lena. kroih kroih. 




lena punya lena terjaga balik sebab rasa basah semacam kat tangan. dah tidur tepi pintu bilik air mau tak kena airnya. haish potong stim aku dok mimpi syiok syiok nih. tengok mak semua dah mandi aku pun pi mandi. lepas mandi pakai balik baju semalam sebab tak mau pi kenduri lagi. aku tak cukup rajin nak pi membantu kat kenduri tu. muahahaha.


tepat jam tunjuk pukul 12 kami yang budak bawah umur bertolak pi ke rumah pengantin. ala lebih kurang sepuluh langkah sampai la. kami pulak memang bijak so set masa pi time makan la. malangnya, masa kami sampai orang tak makan lagi so pi lepak tengok-tengok dulu. pi tengok pelamin. pengantin tak rasmi lagi kami rasmi dulu. tema warna is biru putih tapi aku pakai hitam cokelat. contra kan ? -.-


this is the pelamin. nice kan 



and here the pic yang kami snap.
credit to kak dayah 


setelah menview segala kami pun makan. plan nak tunggu pengantin tapi lambat sangat so kami balik dulu. layan tv sampai tak sedar dah pukul 3. pi kenduri balik sebab nak snap gambar pengantin tapi diorang dok makan pulak. malu nak snap. malu meow meow gitu so tak adalah gambar pengantin. hahaha :D . sori la 






dalam pukul 4 kami bertolak ke taman negara pahang. ingat boleh naik bot ronda-ronda ka tapi time kami sampai kaunter dah tutup daa. so kami keluarga besar lepak kat atas rakit sambil makan kacang. yang mak- mak sibuk dok bergosip. aku? snap snap la .

my cousin hazira. nak number? taken la 



hazira dengan kak hidayah. cute kan ~

sungai apa-ntah yang penuh. deras gila arus dia



yang ni mamat-perasan-bagus. tapi awek umur 19 beb !



kiri duduk: mak ngah, oak ngah, hazira
belakang: mak lang, my mom and ayah


aku suka bunga~ nice tak ?




dah puas melepak kami pun balik. malam pi tolong kemas-kemas pulak. then tido. begitulah hari kedua yang sangat tak dak apa.




hari ketiga balik yeay!



singgah dekat ulu yam. mandi air terjun!

mandi manda







aku plan taknak mandi sebab malas nak salin baju. tapi ayah aku punya dok kata 


" sejuknya. syoknya mandi. rugi la sapa mai tak mandi ni"


aku pun naik jeles teruih pi tukar baju. then " keceburrrr!" terjun la. tapi tak dak pic aku~ haha.



seronok woo mandi air terjun ulu yam  tu. dah la sujuk sampai tulang sum sum pulak tu. memang fresh la !





kbye












p/s : jumaat ni aku chau pergi genting. mau ikut ?









No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...