- Men talk of killing time, while time quietly kills them. ~Dion Boucicault -
kelopak mata dibuka. melihat seketika panorama yang tersedia. setelah beberapa lama ditutup pula. dibuka kembali kelopak mata yang semakin memberat. melihat panorama yang berlainan pula. tadi kelijatan si mat rempit memnunggang motor, kini ternampak si pangkat datuk membawa Mercedes pula. macam-macam ragam yang berubah saat kelopak mata ditutup buat seketika. begitu cepat masa berjalan hingga kita tak menyedarinya.
air dihadapan dihirup perlahan. menikmati kenikmatan rasa masam manis yang tersedia. mata yang tadi melihat ke jalan dipaling ketepi. ternampak pula pasangan bercinta. nampak manis bersama. seolah dalam cerita korea. mereka nampak gembira. yang si lelaki nampak macho walau ditangan tergalas beg bewarna merah. si gadis pula tampak gembira berkongsi cerita. tertawa bersama tanpa mengetahui apa yang ada dihadapan mereka. tanpa mengetahui apa yang menunggu saat masa berjalan laju.
sedang pasangan itu gembira berjalan bersama, tiba-tiba muncul seorang wanita. kemunculan wanita yang agak berumur itu mengubah ekpresi wajah mereka yang tadinya tersenyum. wanita separuh abad yang tampak berang itu menarik tangan si anak gadis lalu membawanya pergi. si lelaki tampak sedih. barang yang mereka beli bersama ditenung lama sebelum kaki melangkah pergi. cinta terhalang mungkin.
baru saja tadi mereka tampak gembira. tapi timing mahu bersuka ria tersilap pula. semuanya kerana masa. kalau mereka keluar keesokan harinya mungkin pekara ini tak akan berlaku. mungkin mereka boleh bersama buat sementara waktu. tapi pekara yang sudah berlaku tidak dapat diubah walau segunung emas dihabiskan sekalipun.
masa yang telah berlalu tetap akan berada disitu. kaku tanpa berubah walau sedikit pun. hanya mampu dilihat dan dikenang dari jauh. benda yang paling jauh dengan kita adalah masa lampau. bukannya planet yang terletak beribu tahun cahaya. planet itu masih boleh dijejak bukan. bukan seperti masa lalu yang tak mungkin dapat dihampiri.
jadi hidup perlu memandang kehadapan. kalau berpaling kebelakang pun tidak ada apa yang kita boleh buat bukan. dari membuang masa begitu lebih baik kita berjalan dahulu. walau setapak pasti akan ada sesuatu yang berubah bukan. cuma mungkin kita tak perasan.
No comments:
Post a Comment