“Mana hang belajar kurang ajar macam ni? Ni ikut perangai
tak elok mak hang la ni!” Tangan yang memegang sudu berisi garam dibawa ke
sinki.
“Banyak ni ka mak?”
“Ha tengok tu! Orang cakap dia boleh buat tak tau. Mak hang
la dok ajar budak-budak ni perangai tak elok!” bekas berisi garam kasar
ditutup. Kaki dibawa melangkah keluar. Mahu lari dari dunia petengkaran yang
direka oleh ayahnya.
Sambil kaki nya belari otaknya ligat menjawab.
“Ayah, mak tak pernah ajar kami semua perangai ni tapi ayah
yang dok ajar. Macam mana kami nak hormat kat orang yang tak reti hormat orang
macam ayah? Cikgu kami ajar kat sekolah kalau nak orang hormat kita kita kena
la hormat orang dulu. Kan?” Kaki terus melangkah.
“Haa lagi satu. Mi dah muak tengok ayah sumpah seranah mak. Kata
yang Ina kena kencing manis pasal mak. Ayah, apa yang Allah bagi bukan bala
tapi ujian. Ujian tu pulak nak tunjuk yang dia sayang kita. Apa ustaz ayah tak
pernah ajar kat sekolah?
So jangan dok kata yang dugaan Allah bagi ni satu bala
malapetaka. Sakit telinga Mi dengar bila ayah dok kutuk anugerah yang Allah
bagi dekat family ni termasuk Mi.” Hujung mulut ternaik. Tersenyum sinis
apabila membayang tindakan ayahnya jika benda ni yang terkeluar dari mulut time
ayah dok menghamun tadi. Confirm seconfirmnya yang ayah akan balun dia tang tu
jugak. Balun? Ayah balun dia lari dari rumah. Pi dok dengan Mak Su kat lorong
sebelah. Habis story.
Tapi bila terfikir akan position mak sekarang membuatkan
mulutnya terkunci. Jika disuarakan rasa hati yang memang ayat keluar dalam
versi kurang ajar suda pasti baran ayah mendidih. Dah panas nanti mak pulak
yang melecur teruk. Bila ayah frust mak la target first. Perasaan kesian kat
mak membuatkan dia lari. Lari kerana takut suara hati bakal terbongkar lalu
membuatkangempa bumi yang berskala ritcher 10 ketas terjadi.
* * *
Air mata dikesat kasar. Makin dikesat makin banyak ia melimpah
keluar. Sudah la. Dah naik pedih matanya menangis. Mata yang masih berkaca
dihalakan ke tikar sejadah. Ya Allah, berilah petunjuk kat ayah Ya Allah.
Jangan biarkan emak diperlakukan begitu Ya Allah. Dari emak dia belajar erti
kesabaran. Dari emak dia belajar nilai kasih sayang. Dari emak dia belajar
menghargai. Dari emak dia belajar menghormati seorang insane bergelar ayah.
Tapi dari ayah dia belajar bahawa perempuan sepatutnya
mengikut semua yang disuruh suami. Kata-kata suami seolah perintah Allah yang
wajib dituruti. Dari ayah juga dia belajar bahawa ego lelaki amatlah tinggi. Takkan
bias runtuh walau sudah dikalahkan teruk. Bila tiada fakta yang mampu digunakan
untuk berlawan agama digunakan. Mengatakan bahawa tingkah emak yang menasihati
itu adalah melawan perintah si suami.
Ayah bercakap fasih agama. Tapi. Bila emak membuat kesalahan
dicerca pula. Bukannya mahu membetulkan. Bukankah seorang suami patut
melengkapi kelemahan isteri? Membetulkan apa yang perlu dan menyempurnakan apa
yang kurang. Tapi ayah hanya memerli apabila emak melakukan kesilapan. Bukannya
mehu menunjukkan cara yang betul untuk dilakukan. Apakah ini tugasnya suami? Apakah
ini tugasnya ayah? Mengajarkan sesuatu yang tidak patut ditunjukkan?
Bukankah rasulullah melayan isterinya dengan lemah lembut? Mengapa
ayah berkasar dengan emak? Ayah, moga hidayah dari Allah akan dating sebelum
emak pergi meninggalkan engkau. Andai saat emak sudah tiada, sudah pasti
terlambat untuk kau memohon kemaafannya.
Ayah, sayangilah emak kerana hanya emak yang paling memahami
dirimu. Hanya emak yang sanggup menghadapi sifat panas baranmu. Bukannya anakmu
yang hanya mahu berjaya di samping keluarganya sendiri. Bukannya nenek yang
menanti panggilan dari ilahi untuk bersama suami tercinta. Bukan ayah. Hanya emak
yang sanggup menemanimu selamanya. Hanya emak yang waktunya hamper dengan kau. Hanya
emak yang mampu menjadi bidadari yang menemanimu disyurga kelak.
Bukannya harta yang kau katakan tidak akan menjadi milik emak
andai kau tiada. Tanpa harta kebahagiaan masih menjelma. Dengan harta kebahagiaan
itu bertambah sepatutnya. Tapi kau telah merosak segalanya. Hingga barang dapur
pun kau gunakan duit emak yang tidak seberapa. Dimana tanggungjawab kau untuk member
nafkah kepada emak dan kami semua? Mahu mengharap duit emak yang tidak sebanyak
mana? Sampai bila? Sehingga emak berhenti mengerahkan tulang empat keratnya? Itupun
jika dia sempat berhenti sebelum dijemput pergi.
Ayah, hartamu tidak ada nilai tanpa kasih sayang yang emak dan
kami inginkan darimu ayah.
3 comments:
sedihnya.. orang yang tabah disayangi Allah.. :)
this post memang sedih :(
thanks T^T
aku syg hampa <3
Post a Comment